Monday, 29 July 2013

Sekilas impian... 


Sebelum ini, saya menulis manuskripnya dalam bahasa Inggeris - A Plate of Surprise. Ceritanya sudah lama diperam dan diedit. Apabila tiba masanya untuk diserahkan kepada penerbit, saya terdetik untuk menulisnya dalam bahasa Melayu pula. Kita sudah punyai lambakan buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Kini, tiba masanya kita menghidupkan kembali sastera kanak-kanak tanah air dalam bahasa ibunda. 

Jangan asyik mengejar yang di hadapan dan yang dikendong keciciran!... .

Khas buat tatapan pengunjung Aku dan Kafe Buku - Pinggan Putih Nenek, edisi bahasa Melayu bagi A Plate of Surprise. 

Ia menceritakan tradisi berkongsi juadah dalam masyarakat Melayu di bulan Ramadan. Suatu amalan yang sudah kian terpinggir dan dipandang remeh. Walhal, dalam Islam sendiri sudah disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW, bahawa sesiapa yang memberi makan kepada mereka yang berpuasa, akan mendapat pahala seperti mereka yang berpuasa itu. Setujukah kalian jika saya katakan, ini suatu amalan mulia yang perlu dipertahankan?... . 

Kaver buku versi klasik

Kaver buku akhir. Anda suka?... 

Kedua-dua cerita ini baru di peringkat proposal. Mohon doanya, tuan-tuan dan cik puan-cik puan sekalian agar penulis ini bisa melangkah lebih jauh lagi dengan genre baharu - buku cerita bergambar kanak-kanak. Amin, Ya Allah.

 
Salam manis,

Mazny M.R.

Sunday, 21 July 2013

A glimpse of what's coming up... 


... insya-Allah. I know this is raw but lets pray for the best! <3 


Selamat berpuasa (fasting) and have a nice weekend everyone.

Mazny M.R.

Thursday, 18 July 2013

It was my birthday... 

17th July... 
It was my birthday. So, here was the cake. 
This was what I had on my birthday. 
Besides having fever and cough, my birthday was in Ramadan.
Such a blessing month. Thank you Allah, for everything. 



So, another year is shorten from my life span. I am thinking about (life after) death more often nowadays. Also, I read somewhere, "It's not the years that counted in your life. It's how you lived in those years."

I guess, it's time to do some serious self reflection. 

Good night, everyone. May God bless you, wherever you are... .

Mazny M.R.