Warna-Warni Festival Pengisian Sastera Kanak-Kanak Asia 2013
Aku dan Kafe Buku di AFCC 2013 - Singapura |
Enam hari mengejar ilmu di sekitar bangunan Perpustakaan Nasional, Singapura seperti berada dalam mimpi. Pantas sungguh masa berlalu. Setiap detik terasa sarat dengan pengalaman, pemerhatian dan perkongsian. Saya berhajat mahu menulis dari Kota Singa itu, namun apakan daya, jadual waktu yang padat dengan aktiviti dan seminar begitu meletihkan. Tambahan pula, talian internet yang terlalu lambat menyebabkan hasrat untuk membawa pengunjung Aku dan Kafe Buku ke sana secara langsung tidak kesampaian. Aduhai, tidak mengapa. Saya masih bisa berkongsi pengalaman menarik ini bersama anda, asalkan anda sudah bersedia dengan secangkir kopi panas seperti kebiasaan.
Festival ini berlansung dari 25 hingga 30 Mei 2013 dan bertempat di sekitar bilik-bilik seminar di dalam Bangunan Perpustakaan Nasional, Singapura. Ia terbahagi kepada tiga program utama iaitu;
- AFCC Primary & Preschool Teachers Congress and Parents Forum
- AFCC Writers & Illustrators Conference
- AFCC Media Summit
Usai pendaftaran, kami dibekalkan dengan sebuah beg berisi buku manual dan sebuah cenderamata yang sangat comel dan menarik. Kasihan, rupa-rupanya cenderamata itu tidak diberikan kepada semua orang. Ikut nasib, katanya! Malang sekali, nasib tidak menyebelahi saya. Ah, hal kecil!
Namun pada masa yang lain, pihak penganjur telah mencuba sedaya upaya dalam memberikan kerjasama yang terbaik buat kami. Adat kehidupan, tiada yang sempurna di dunia nan fana ini. Tahniah juga buat mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan program bertaraf antarabangsa ini. Masih banyak lagi warna-warni AFCC 2013 nan ceria yang mahu saya kongsikan bersama teman-teman. Anda pencinta buku bergambar kanak-kanak (BBKK)? Ayuh!
Sebenarnya, jawatan kuasa penganjur telah berjaya menyediakan pelbagai seminar menarik sepanjang program ini berlangsung. Walaupun para peserta dilimpahi dengan pilihan yang merambangkan mata, kami terpaksa akur untuk tidak bersikap tamak. Dalam hal ini, saya dan beberapa orang delegasi dari Malaysia memutuskan untuk membahagikan kehadiran mengikut topik seminar yang menjadi pilihan. Kemudian, pada sebelah malamnya, kami akan berkumpul di bilik hotel dan bertukar-tukar informasi. Saya kira tindakan ini ternyata lebih bijak. Dapat juga kami mengambil giliran untuk berehat dan bersiar-siar seketika.
Di bawah, saya catatkan kronologi perjalanan seminar selama tiga hari, yang sempat saya ikuti, bersama sedikit perkongsian ilmu dan gambar-gambar yang berkaitan.
Agak terkilan juga kerana saya tidak dapat membeli buku ini dan pendapatkan tandatangan penulisnya sewaktu AFCC berlangsung. Mungkin jika ada rezeki, di lain masa, insya-Allah.
(Sekiranya berpeluang, ingin sekali saya ketahui proses kreatif penulisan buku ini. Tentu menarik untuk kita kongsikan bersama sambil minum-minum petang di blog Aku dan Kafe Buku. Setuju?)
Demikianlah telitinya mereka dalam menyampaikan ilmu dan pendidikan secara tidak lansung melalui adaptasi BBKK kepada sebuah lagi medium penceritaan - Kamishibai. Malah menurut Etsuko Nozaka sendiri, "Kamishibai is really good in expressing emotions."
Namun pada masa yang lain, pihak penganjur telah mencuba sedaya upaya dalam memberikan kerjasama yang terbaik buat kami. Adat kehidupan, tiada yang sempurna di dunia nan fana ini. Tahniah juga buat mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan program bertaraf antarabangsa ini. Masih banyak lagi warna-warni AFCC 2013 nan ceria yang mahu saya kongsikan bersama teman-teman. Anda pencinta buku bergambar kanak-kanak (BBKK)? Ayuh!
Sebenarnya, jawatan kuasa penganjur telah berjaya menyediakan pelbagai seminar menarik sepanjang program ini berlangsung. Walaupun para peserta dilimpahi dengan pilihan yang merambangkan mata, kami terpaksa akur untuk tidak bersikap tamak. Dalam hal ini, saya dan beberapa orang delegasi dari Malaysia memutuskan untuk membahagikan kehadiran mengikut topik seminar yang menjadi pilihan. Kemudian, pada sebelah malamnya, kami akan berkumpul di bilik hotel dan bertukar-tukar informasi. Saya kira tindakan ini ternyata lebih bijak. Dapat juga kami mengambil giliran untuk berehat dan bersiar-siar seketika.
Di bawah, saya catatkan kronologi perjalanan seminar selama tiga hari, yang sempat saya ikuti, bersama sedikit perkongsian ilmu dan gambar-gambar yang berkaitan.
Hari Pertama - 27 Mei
@@@@
Susanne Gervay dan Wendy Orr |
Tajuk:
Challange, Trauma dan Recovery in YA Fiction
Pembentang:
Susanne Gervay (Penulis)
Wendy Orr (Penulis)
- Dalam sesi pertama ini, kami didedahkan dengan cabaran untuk menulis isu-isu yang 'berat' dan bagaimana ia seharusnya memberikan impak yang positif kepada pembaca remaja.
- Antara isu yang dikongsikan adalah tragedi kebakaran dan kemalangan yang merubah hampir keseluruhan makna kehidupan dalam diri remaja yang terbabit. Namun apakah pengajarannya atau lebih tepat lagi, nilai kehidupan yang dapat disalurkan kepada pembaca di luar sana?
- Ketika ini, saya teringatkan kembali sebuah novel yang berjudul 'Kira-Kira' karya Cynthia Kadohata. Dalam 'Kira-Kira', dua watak protagonisnya merupakan adik beradik perempuan yang berbangsa Jepun namun dilahirkan di Amerika Syarikat. Apabila si kakak telah disahkan mengidap barah dan hanya mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup, saya dapat merasakan pergelutan emosi yang memeritkan terjadi dalam diri si adik kerana bakal kehilangan. Saya juga merasakan keberanian si kakak sesudah dia tahu, dirinya akan meninggal tidak lama lagi. Sebagai makluman, novel ini dinobatkan sebagai pemenang hadiah Newberry Medal Winner bagi sastera kanak-kanak pada tahun 2005.
- Nah, berapa ramai antara kita yang sanggup menulis subjek sedih sebegini? Selalunya kita akan terlepas pandang. Atau mungkin tidak. Sebaliknya, kisah sebegini dikatakan tidak akan 'laku keras' dan 'tidak mengikut trend pasaran'. Patutkah, kisah-kisah cinta ala pari-pari atau percintaan bersifat mistik yang lebih menjadi sogokan para remaja tanah air? Fikir-fikirkan... .
- Bagaimanakah dengan isu mangsa penculikan? Pembulian? Penderaan seksual? Perdagangan manusia (dalam konteks ini, remaja)? Atau yang selalu kita terlepas pandang adalah isu penceraian. Berapa ramaikah cerdik pandai yang telah membicarakan hal-hal teknikal isu penceraian di corong-corong radio tetapi pernahkah kita menghalusi apakah kesan-kesan emosi, jangka panjang mahupun jangka pendek terhadap remaja dan kanak-kanak?
- Kadang kala, isu 'berat' sebegini tidak dapat diperbincangkan secara langsung dengan remaja yang terlibat kerana zaman remaja sebenarnya adalah zaman yang agak rapuh. Zaman di mana mereka masih mencari identiti dan memerlukan sokongan secara tidak formal. Oleh sebab itu, saya merasakan dunia perbukuan terutamanya fiksyen adalah pintu yang terbaik untuk mendekati dunia mereka.
- Saya juga percaya, ada ramai penulis di luar sana yang mempunyai bahan untuk diangkat, namun persoalan utamanya, adakah pihak penerbit berminat?
- Dalam menulis untuk khalayak remaja, Susanne dan Wendy telah berpesan berulang-ulang kali kepada hadirin, "Menulislah dengan jujur!"
- Takat kejujuran seperti apakah yang harus dicapai, saya kira memerlukan satu sesi lain yang lebih panjang daripada satu jam di AFCC.
@@@@
Vivian dan Marjorie. Sayang sekali, Michelle yang manis tidak kelihatan dalam gambar ini. |
Tajuk:
Fostering Relationships Within the Blogging Community
Michelle Chew (Blogger dan Pengulas Buku)
Vivian Kirkfield (Blogger, Pendidik dan Pengulas Buku)
Marjorie Coughlan (Blogger dan Pengulas Buku)
- Seminar ini memperkatakan tentang kaedah berblog dengan lebih efisyen agar ia dapat membantu meningkatkan kecantikan sosial penulis.
- Vivian Kirkfield, menyebutkan bahawa dengan berblog, beliau dapat berhubung secara langsung dengan masyarakat seluruh dunia. Mula menulis sejak dua tahun lalu, Vivian tidak pernah menyangka beliau akan berada di AFCC 2013 ini sebagai pembentang. Begitulah kesungguhannya dalam menyebarkan kasih sayang dan ilmu melalui blognya yang bernama 'Picture Books Help Kids Soar'. Anda boleh mencarinya pada pautan di bawah nanti.
- Menurut Vivian, BBKK boleh dijadikan alat untuk membentuk keyakinan diri insan pada usia yang sangat muda. Dengan menulis ulasan BBKK di dalam blognya, beliau dapat membantu ibu bapa membuat pilihan yang terbaik sebelum mendapatkan BBKK di kedai-kedai buku. Begitulah antara kepuasan yang diperolehinya selain dapat menjalinkan hubungan yang positif dengan para pembaca.
- Vivian dan Marjorie turut berkongsi beberapa tip tentang dunia blog dan bagaimana rangkaian hubungan sesama pemblog dapat menjadi efektif lalu membantu menaikkan promosi dan capaian blog masing-masing. Hal ini bisa juga terjadi jika anda rajin melawat blog orang lain dan meninggalkan komen-komen yang bernas. Seperkara yang harus dititikberatkan adalah pekerti dan etika kita selaku penulis blog. Kita tidak seharusnya terlibat dalam komen-komen yang tidak matang dan boleh menimbulkan provokasi percuma. Mengenali Vivian selama beberapa hari di AFCC, saya percaya beliau adalah seorang yang baik hati dan berfikiran terbuka.
Pesan mereka kepada kami, "Just be yourself!"
Pautan laman web Vivian Kirkfield - http://viviankirkfield.com/
Pautan lama web Marjorie Coughlan - http://www.papertigers.org/
Selamat mencuba!
@@@@
Tajuk:
Workshop: The Art of Reviewing Children's Books
Pengendali:
Marjorie Coughlan (Blogger dan Pengulas Buku)
- Marjorie Coughlan merupakan seorang penulis blog dan pengulas buku yang tidak asing lagi. Laman webnya, Papertigers adalah antara yang termahsyur di kalangan pengulas buku. Telah saya letakkan pautan ke blog Marjorie di atas. Anda boleh klik dan layari sendiri untuk mengetahui apakah yang diperkatakan oleh beliau melalui mediumnya itu.
- Baiklah, dalam sesi kali ini, kami diberikan sedikit penerangan mengenai struktur atau komponen yang perlu ada dalam seni mengulas buku bergambar kanak-kanak. Antaranya;
- Tajuk buku
- Nama penulis dan pelukis
- Nama penerbit
- Gambar kulit buku
- Sedikit sinopsis berdasarkan olahan pengulas ataupun boleh juga digunakan blurb pada belakang buku.
- Letakkan limitasi dari segi jumlah perkataan agar anda tidak terbawa-bawa mengarang sebuah buku pula! Bagi BBKK, beliau menyarankan setakat 350 perkataan. Manakala bagi buku YA (remaja) sebanyak lebih kurang 420 perkataan.
- Pengulas yang baik tidak sepatutnya menulis untuk mempengaruhi tetapi haruslah memberikan informasi yang terbaik kepada bakal pembeli. Ini bermaksud, ada sisi baik dan buruk yang perlu dikongsikan secara jujur.
- Boleh juga dimasukkan karya-karya penulis buku tersebut sebelum ini, khususnya jikalau penulis itu pernah memenangi hadiah atau anugerah. Ini bertujuan untuk menyuntik kekuatan kepada kredibiliti buku yang sedang diulas.
- Sebutkan juga faktor X yang anda kesan dalam BBKK tersebut. Contohnya, asal usul teknik lukisan yang digunakan dalam ilustrasi. Ini dapat menimbulkan ciri istimewa BBKK yang diulas.
- Turut disentuh dalam sesi ini adalah cara mengulas ketulenan sesebuah cerita terutamanya kisah yang berkaitan dengan sastera Asia dan kemajmukan budaya. Mungkin ada isu yang menjadi agak sensitif untuk diulas. Pesan Marjorie, si pengulas harus mengulas dalam kerangka yang lebih selamat iaitu memperkatakan tentang 'Objectivity vs Subjectivity'.
- Saya kira, di sinilah terletaknya budi bicara, kebijaksanaan atau pengetahuan am pengulas sama ada secara formal atau tidak formal terhadap isu-isu terbabit.
- Akhir sekali, kami diminta memilih sebuah buku untuk dituliskan ulasannya dan Marjorie akan memberikan maklumbalas. Kepada sesiapa yang tidak sempat menyiapkan tugasan tersebut, masih boleh berhubungan dengannya melalui emel.
@@@@
Hari Kedua - 28 Mei
@@@@
Naomi Kojima - Penulis dan Pelukis BBKK dari Jepun |
Tajuk:
Reaching for the World: The Art of Asian Illustrators in Children's Books
Pembentang:
Naomi Kojima (Penulis dan Ilustrator)
- Apakah yang menjadikan sesebuah buku cerita itu dibaca berulang-ulang kali? Apakah yang membolehkan ia mengembara dan dikongsikan di serata dunia?
- Jawapannya terletak kepada ilustrasi. Cerita yang hebat harus dibantu dengan ilustrasi yang hebat juga. Hal ini terjadi kerana falsafah 'Don't judge a book by it's cover' sudah lapuk dan tidak boleh diguna pakai dalam penghasilan buku bergambar kanak-kanak.
- Naomi berkongsi beberapa nama penulis dan pelukis buku bergambar dari seluruh Asia yang telah memenangi hadiah di peringkat antarabangsa seperti;
- Sybil Wettasinghe - Sri Lanka
- Zhu Cheng Liang - China
- Ryoji Arai - Japan
- Durga Bai - India
- Chih-Yuan Chen - Taiwan
- Iku Dekune - Japan
- Lee Young-Kyoung - Korea
- Yusof Gajah - Malaysia
- Jainal Amambing - Malaysia
- Baasansuren Bolormaa - Mongolia
- Taro Gomi - Japan
- Chihiro Iwasaki - Japan
- Menurut Naomi lagi, kurang lebihnya begini, "An illustrator should not only know how to draw but must know how a picture book functions. A picture book itself is an art of expression."
Anda bolehlah melakukan pencarian sendiri pada nama-nama berikut sebagai bahan rujukan.
@@@@
Nicholas Mark dari Australia, menukangi karya 'Petualangan Anak Indonesia' menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya. |
Tajuk:
Young Professional's Journeys
Pembentang:
Nicholas Mark (Penulis)
James Foley (Penulis dan Ilustrator)
Cinthia Koeksal (Penulis)
- Sewaktu menemui beliau, agak mengejutkan juga apabila sapaan saya dibalas dalam bahasa Indonesianya yang amat fasih. Rupa-rupanya bahasa Indonesia sudah menjadi begitu akrab dengan beliau sejak dari kecil lagi. Buku berkonsepkan pengembaraan yang berjudul 'Petualangan Anak Indonesia' ini sebenarnya merupakan tugasan penilaian tahun pertamanya di Universiti of Sydney (2007). Beberapa tahun selepas itu, Nicholas menerbitkan karyanya bersama penerbitan 'GREAT! Publishers' dari Galang Press Group yang beroperasi di Yogjakarta.
- Sayang sekali, saya tidak berpeluang menghadirkan diri sepenuhnya dalam seminar ini lantaran perlu bergegas ke sebuah seminar yang telah ditetapkan terlebih awal. Hati bagaikan berbahagi dua! Mujur sebelum melangkah pergi, seorang petugas menghulurkan sedikit informasi bercetak mengenai pembentang kepada saya. Jadi, berikut adalah sedikit sebanyak mengenai buku nukilan Nicholas Mark, pembentang pertama untuk sesi tersebut.
- Buku ini juga telah ditulis dalam bahasa Inggeris dengan judul 'The Indoventures'. Ia menggarap latar kepulauan Bali, Sumatera dan Jawa sebagai tema penceritaan. Buku pengembaraan ini mendapat sentuhan ilustrator dari Indonesia, Bambang Shakuntala.
- Seperkara lagi yang menarik tentang buku ini, ia telah diserap sebagai sebahagian daripada program pembelajaran bahasa Indonesia dan unit 'Engagement with Asia' di sekolah-sekolah di Australia. Ia juga digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah sekitar Indonesia sebagai salah satu daripada 'program BRIDGE', kerjasama bersama Kerajaan Australia.
(Sekiranya berpeluang, ingin sekali saya ketahui proses kreatif penulisan buku ini. Tentu menarik untuk kita kongsikan bersama sambil minum-minum petang di blog Aku dan Kafe Buku. Setuju?)
@@@@
Tutu Duta giving a presentation on adapting Asian Folklores. |
Tajuk:
Adapting Asian Folklore for Children's and YA Literature
Pembentang:
Tutu Duta-Yean (Penulis dan Ilustrator)
- Percayalah, negara-negara Asia sangat kaya dengan khazanah cerita-cerita rakyat. Masih ada yang perlu digali. Tidak kurang pula yang harus diberikan nafas baharu. Sedari kecil lagi, saya sudah terdedah dengan kisah kelicikan Sang Kancil dan versinya yang pelbagai. Selain daripada itu, filem-filem klasik turut memainkan peranan utama dalam mengangkat cerita-cerita rakyat buat khalayak penonton. Masih ingatkah anda kepada cerita-cerita 'hitam putih' di skrin televisyen berbentuk segiempat? Tetapi apakah pentingnya cerita rakyat kepada generasi muda masa kini?
- Antara cerita rakyat yang masih segar dalam ingatan generasi muda adalah seperti Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Pak Kaduk, Si Luncai dan sebagainya. Kebetulan, sebelum ke Singapura, saya baru sahaja menghabiskan sebuah buku tulisan Puan Siti Zaleha Ismail yang berjudul Mengenali Cerita Rakyat terbitan ITBM. Sememangnya bertepatan sekali sesi pada kali ini dengan subjek kajian penulisan saya.
- Menurut Tutu Duta, pengaruh cerita rakyat dalam karya semasa, baik untuk BBKK atau Young Adult (YA) sudah lama dilakukan. Terdapat beberapa teknik penyerapan cerita rakyat dalam karya yang boleh dilakukan oleh penulis masa kini, antaranya:
- Menggunakan kisah dalam cerita rakyat sebagai pelengkap atau bahagian utama dalam plot manuskrip yang ditulis. Beliau memberikan contoh buku The Plum Rain Scroll, The Dragon Stone dan The Peoney Lantern karya Ruth Manley dalam sesi penerangan.
- Menggunakan pengembaraan atau pencarian sebagai rangka cerita dan memasukkan beberapa kisah dari cerita rakyat yang sedia ada ke dalamnya. Dalam hal ini, beliau memberikan contoh melalui buku Where The Mountain Meets The Moon karya Grace Lin sebagai perbandingan.
- Penceritaan semula. Apa yang dimaksudkan di sini bukanlah melakukan terjemahan, sebaliknya menceritakan kisah yang sama tetapi dalam 'suara penceritaan' anda sendiri.
- Menurutnya lagi, kajian yang mendalam adalah aspek terpenting dalam penulisan cerita rakyat. Ini kerana kebiasaannya, cerita-cerita rakyat berlegar dari mulut ke mulut dan mengalami proses ditokoktambahkan dari satu generasi ke generasi selepasnya. Antara sumber yang diperolehi adalah internet, suratkhabar, buku-buku rujukan dan sebagainya. Oleh sebab berlakunya proses evolusi secara tidak langsung dalam cerita rakyat, kisah yang kita dengar pada hari ini, mungkin mengandungi pelbagai versi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk gambar di bawah.
Sumber rujukan untuk menulis cerita rakyat. |
- Ada seperkara lagi yang perlu diberikan perhatian sewaktu membuat kajian dalam subjek ini. Hal-hal yang disangka remeh temeh sebenarnya sangat membantu dalam mencantikkan lagi pengkisahan cerita anda. Perkara-pekara itu seperti nama tumbuh-tumbuhan, nama-nama tempat, kebudayaan setempat bagi melengkapkan latar masa, nama-nama watak, jenis haiwan, tarikh kejadian dan sebagainya amat membantu dalam menghidupkan jalan cerita anda nanti.
- Sebagai contohnya, apabila berkongsi mengenai proses kajian yang telah dilakukan, beliau telah berjumpa dengan nama-nama ini; Tanjungpura, Han Kingdom (China), Hindustan (India), Melaka (Malaysia) dan Majapahit (Indonesia) lalu mengambil keputusan untuk memasukkannya ke dalam penceritaan.
- Rujukan silang juga penting dalam pengukuhan kajian. Ini boleh terjadi dengan melakukan pembacaan lebih daripada satu dua buku. Malah lawatan ke tempat-tempat tertentu juga mungkin bisa membantu.
@@@@
Akiko Sueyoshi |
Tajuk:
Japanese Perspectives
Pembentang:
Akiko Sueyoshi (Penulis)
Etsuko Nozaka (Penulis, Ilustrator dan Pencerita)
- Teknik penceritaan Kamishibai tidak perlu saya perkenalkan lagi. Jika anda adalah pengunjung tetap kafe ini, pasti anda pernah membaca mengenainya suatu ketika dahulu. Jika belum, boleh membuat semakan dalam arkib entri saya di sebelah kanan blog. Carian pada bulan April 2013.
- Kamishibai mula diperkenalkan seawal kurun ke 12 oleh penjual jajan di sekitar Tokyo lalu berkembang menjadi satu teknik penceritaan yang kekal diminati ramai sehingga ke hari ini. Saya sendiri merupakan peminat Kamishibai dan amat berbesar hati andai dapat melibatkan diri dalam menggerakkan seni penceritaan ini di Malaysia suatu hari kelak.
- Tidak banyak yang dapat dikongsikan dalam sesi kali ini. Selain daripada persembahan Etsuko Nozaka di awal pembentangan, Akiko Sueyoshi menceritakan kepada kami bagaimana beliau mula menulis dan apakah yang mendorong beliau terus menulis cerita kanak-kanak.
- Menurut Akiko, BBKK menjadi penting dalam menerangkan kepada kanak-kanak perihal perkara-perkara tertentu seperti kisah peperangan, kisah hantu, kisah bencana alam, kisah fenomena alam dan sebagainya. Dalam hal ini, saya amat bersetuju sekali. Garapan cerita yang ditulis dengan baik dan dilukis ilustrasinya dengan menarik, bisa menyampaikan maksud yang lebih mendalam kepada para pembaca cilik. Sesuatu yang tidak dapat dilakukan secara langsung.
Entiti hantu bukanlah sesuatu yang patut ditakuti oleh kanak-kanak. |
Antara buku Akiko yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. |
Lagenda yang diangkat menjadi cerita kanak-kanak. |
Demikianlah telitinya mereka dalam menyampaikan ilmu dan pendidikan secara tidak lansung melalui adaptasi BBKK kepada sebuah lagi medium penceritaan - Kamishibai. Malah menurut Etsuko Nozaka sendiri, "Kamishibai is really good in expressing emotions."
Bakal bersambung...
Talian internet di Spore lambat? macam tak caya je...
ReplyDeleteHaha, percayalaaaaah!
DeleteKami menginap di Victoria Hotel, Victoria Street. Memang lambat, Uncle. Semua orang mengalami masalah hendak mengemaskinikan blog, FB, bere-mel dan sebagainya. Dapat muat turun gambar sekeping pun dah syukur. Maybe because it's a budget hotel?