Pages

Friday, 3 June 2011

~Bermulanya Jejak Seorang Penulis!~




"Mengapa nak jadi penulis?"


Itulah soalan yang selalu saya dengar apabila memberitahu orang tentang cita-cita saya yang sebenar. Sehingga sekarang, saya masih belum ada jawapan yang benar-benar tepat walaupun alhamdulillah kini, saya sudah pun bergelar seorang penulis ! Happy?.. Yes, absolutely yes!

Syukur kepada Allah kerana cita-cita saya tercapai akhirnya setelah usia meningkat dalam rangka yang agak lewat. Lewat sangat ke? Hmmm... Mat Saleh kata "Life begins at forthy dear!" Suatu pagi, saya terdengar Datuk Fadillah Kamsah berceramah dalam tv. Katanya  "Kecantikan orang perempuan ni, mencapai tahap maksima apabila mencecah usia ... forthy!" Tetapi apa yang saya baca dari sirah Nabi Muhammad, wahyu pertamanya disampaikan sewaktu baginda dalam lingkungan usia ... forthy!

Wow, banyak juga kebetulan pada angka 40 ini ya! Dan sebenarnya, saya juga bakal menjejaki usia itu. Saya juga sentiasa sedar dan ingatkan diri, ada apa pada angka? Jika sampai waktunya, kita akan pergi juga tanpa mengenal usia. Betul, bukan? Jadi usahlah berkira sangat dengan umur walaupun angka itu perlu wujud untuk memberi kesedaran kepada manusia yang secara fitrahnya bersifat lalai dan leka.

Berbalik pada persoalan tadi "Mengapa nak jadi penulis?"

Oh, jawapannya ada banyak. Perkara pertama yang orang akan nampak ialah duit atau istilah yang lebih tepat royalti. Siapa yang tak mahu hidup senang dan kaya raya macam penulis J.K.Rowling yang begitu terkenal dengan kisah Harry Potternya? Ataupun seperti Beatrix Potter yang mana karya-karya beliau masih lagi laku macam goreng pisang panas... The Tales of Peter Rabbit  ( one of my classic favourite! )

Perkara kedua pula mungkin kerana mahu dikenali ramai. Siapa yang tak seronok bila pergi mana-mana ada orang tegur dengan baik dan siap nak ambil gambar pula? Antara pengalaman pertama saya bergelar seorang penulis ialah apabila kena serbu dalam masjid ketika pembaca hendak membeli dan mendapatkan tandatangan. Siapalah saya ini... terketar-ketar jari-jemari saya memegang pen dan menjawab pelbagai soalan mereka . Rasa macam kena kerumun dengan paparazzi pun ada!

Lagi satu pengalaman pula bilamana merasai diri ini begitu kerdil sewaktu di pesta buku 2011. Haha, apa tidaknya, tidak ada orang pun yang kenal saya! Cuma saya tak sangka bila seorang penulis terkenal tiba-tiba muncul dan memanggil saya ... "Akak!" Nak tahu siapa? Beliau ialah Rebecca Ilham. Jurutera manis yang begitu sinonim dengan karya-karya feminisnya.

To Becky... thanks a lot dear! Sayangnya saya tidak dapat hadir di majlis pelancaran buku beliau kerana letih tersesat dalam KL balik dari majlis pelancaran buku Saudara Nisah Haron dan Dr. Mawar Shafie pada hari sebelumnya. (Sila jangan ketawa! Saya memang fail bab memandu dalam KL)

Selain dari itu, cuma seorang dua sahaja yang datang membeli dan meminta tandatangan. Mujurlah secara mentalnya saya sudah bersedia awal-awal. Terima kasih kepada Sifu Cik Puan Salina Ibrahim yang memberikan tips! ~wink!~

Yang ketiganya mungkinlah kerana minat. Jika kita membuat sesuatu pekerjaan, tentulah kita akan lebih bermotivasi melakukan sesuatu yang begitu dekat dengan jiwa kita. Cuba fikirkan. Adakah pekerjaan anda sekarang memberikan suatu kepuasan?

Dalam tiga contoh di atas, tak satu pun yang sangkut secara tepat dengan jawapan peribadi saya ! Nak tahu kenapa?

Saya suka menulis kerana saya suka membaca. Ya, betul ... dan bila tidak ada kisah yang saya nak baca dibukukan, maka saya mengambil keputusan untuk menulisnya. Pelik? Pelik jugalah jawapan ini. Pelik tapi benar. Biarpun begitu, sebelum menulis saya akan membuat kajian dari segi jalan ceritanya, latar-latarnya, ilmu-ilmu bantunya dan sebagainya. Iyalah, bukan semua cerita yang kita nak baca itu, orang lain nak beli. Hah, jangan jadi syok sendiri pula nanti. =)

Guru penulisan saya yang pertama adalah Ustaz Habbiburrahman El-Shirazy ( Kang Abik ) dan juga Tuan Haji Dr Faisal Tehrani. Mereka berdualah yang mengingatkan saya, sebelum berakitkan pena dan melayari lautan dakwat dalam dunia penulisan, tetapkan dahulu nawaitu atau niat dalam erti kata lain, destinasi. Apa yang boleh karya kita sumbangkan kepada para pembaca kelak. Mereka juga meyarankan kepada sesiapa yang minat hendak menulis supaya rajin-rajin membaca.

Oh, banyak sungguh ilmu yang mereka berdua ini tumpahkan kepada saya. Memang saya tidak akan mampu membalas kesemuanya. Semoga semua ilmu itu nanti dapat saya manfaatkan dalam karya-karya saya atau dicurahkan pula kepada bakal-bakal penulis yang lain di luar sana. Itu lebih bermakna, bukan? =)

Setelah berhempas pulas melakukan penyelidikan dan pembacaan, dan setelah mengharungi pelbagai suka-duka dan dugaan, akhirnya novel sulung saya berjaya berada di pasaran.

Lentera Cinta Albaicin ( sebutannya bukan 'cin' tetapi 'sin' ) menemui pembaca sekitar bulan Mac 2011 dan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada April 2011 yang lalu. Saya sangat terharu apabila pagi majlis pelancaran itu diserikan dengan alunan merdu kalam Allah oleh saudara kita yang cacat penglihatan. Subhanallah! Sedangkan kita yang sempurna sifat ini pun belum tentu boleh membaca sebagus itu. Saya percaya tentu ramai yang berasa insaf dan sebak. Pagi itu juga dilancarkan dana untuk tabung al-Quran Braille. Kasihan mereka, sudahlah cacat, nak baca al-Quran pun tiada. Al-Quran Braille sangat terhad jumlahnya di seluruh negara. Bukan macam kita, al-Quran biasa berlambak tapi ... . Jika anda ada rezeki lebih, marilah kita membuat sumbangan. =)

Pada 2hb Jun pula, saya dijemput mengisi slot Mesra Bersama Anis di Radio Ikim. Menemani saya ialah Cik Suriati yang ramah dan manis dari Galeri Ilmu Sdn Bhd. (GISB). Pertama kali ditemuramah (walaupun itu adalah rakaman bukan siaran lansung) saya memang merasa gugup. Alhamdulillah, saya terima komen positif dari yang mendengar. Apa-apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak GISB yang memberikan kesempatan tersebut buat seorang penulis baru lagi kecil seperti saya.

Dan seperti kebanyakan penulis, blog adalah tempat kami bertemu para pembaca. Ini adalah blog saya yang kedua. Yang pertama dah bersawang dan mungkin dah nak 'roboh'. Bila saya intai, ada lebih kurang tujuh orang followers! Wah, syukur... syukur, ada juga yang sudi berkawan dan berkongsi ilmu dengan saya. Saya berdoa dan berharap agar blog Aku Dan Kafe Buku ini dapat menjadi jambatan silaturrahim antara saya dan sesiapa sahaja yang berminat mengunjunginya. Silalah berinteraksi dalam kafe ini secara berhemah dan berbudi bahasa. Maaf , kafe saya belum siap dengan sempurna kerana hambatan waktu kerja dan urusan keluarga yang tidak mengenal masa. Insya-Allah, akan saya perbaiki blog ini dari masa ke semasa.

Dengan ini, bermulanya jejak seorang penulis di kafe ini. Jumpa lagi di sini!


Nota: GAMBAR DI ATAS IALAH NOVEL SULUNG SAYA, LENTERA CINTA ALBAICIN. BOLEH DIDAPATI DI KEDAI-KEDAI BUKU DI SELURUH NEGARA SEPERTI MPH DAN POPULAR. BOLEH JUGA DIMILIKI SECARA ONLINE DARI LAMAN WEB GALERI ILMU SDN BHD. HARGA PASARAN RM21 SAHAJA. TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

1 comment:

  1. "Sayangnya saya tidak dapat hadir di majlis pelancaran buku beliau kerana letih tersesat dalam KL balik dari majlis pelancaran buku Saudara Nisah Haron dan Dr. Mawar Shafie pada hari sebelumnya. (Sila jangan ketawa! Saya memang fail bab memandu dalam KL
    - maka, dapatkanlah GPS Garmin, apa2 model boleh janji boleh jd penunjuk arah. selamat memandu.

    ReplyDelete