Menulis Dari Bangalore - sehari sebelum berangkat pulang ke Malaysia...
Malam tadi, kami selamat tiba dari Kozhikode dengan pesawat King Fisher.
Awal pagi kami keluar ke Garuda Mall. Menonton wayang gambar dan kembali menjamu selera di Empire Hotel. Kali ini, mencuba menu Chicken Thali ala Bangalore.
Kesian Ummi, perutnya sudah tidak tahan lagi dengan makanan di negara Bollywood ini. Hampir setiap hari mengidamkan sambal belacan! Aduh... .
Saya? Oh, alhamdulillah. Cuma saya risau kerana asyik makan nasi, nasi dan nasi. Sudah hampir 3 minggu memanjakan badan. Tidak berpeluang langsung hendak beriadah di mana-mana gymnasium.
Oleh kerana saya belum lagi selesai memuat-turunkan gambar-gambar, anda belum boleh melihat lagi diari perjalanan saya. Cadangnya, saya mahu menaip setiap hari agar tidak terlepas mana-mana peristiwa menarik sepanjang kembara saya ini. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Hari pertama tiba di Bangalore sahaja saya sudah mendapat emel daripada tuan editor. Semuanya penting-penting belaka.Jadual kajian dan penulisan saya untuk kembara di India langsung jadi kacau. Sebenarnya, saya sudahpun memaklumkan akan berpemergian selama dua minggu.
Sewaktu di Mysore, saya benar-benar terseksa kerana begitu banyak tempat yang perlu dilawati namun terpaksa berbahagi masa untuk membuat proof-reading pula. Di sini, kami jarang keluar waktu malam. Takut! Walaupun agak selamat namun naluri saya tetap tidak membenarkan. Tambahan pula, kami ini 'lain dari yang lain'. MEMANG MENARIK PERHATIAAN RAMAI. Setelah seharian berkejar ke sana-sini, malam adalah waktunya saya membuat catatan. Jadi, bila mahu fokus kepada proof-reading, sudah hilang segala tenaga. Yang tinggal perlu disimpan untuk kembara keesokan harinya.
Rupa-rupanya memang penat membuat kajian ini. Tambahan pula di bumi yang serba asing. Segala-galanya tidak boleh dipandang ringan.
Selesai solat Maghrib, kami akan keluar lagi. Mudah-mudahan boleh ambil gambar waktu malam pula. Saya belum ada gambar suasana malam hari di India! =(
Insya-Allah, esok adalah hari terakhir kembara kami. Jadi, saya mohon diri dulu. Cerita pengembaraan penuh ini akan saya tulis setelah selamat pulang ke Malaysia (dan selesai membuat proof-reading!)
Tungguuuuuuu!

Secara peribadi, saya rasa set Thali yang saya nikmati di Hotel Malabar Gate, Kozhikode jauh lebih enak dan berbaloi. Betul-betul masakan South Indian Cruisine!

No comments:
Post a Comment