Casino Park Restaurant - Mysore
Seperti yang telah dimaklumkan melalui catatan yang lalu, di India, restoran lebih dikenali dengan panggilan 'hotel'. Mengapa? Saya sendiri pun kurang pasti. Sewaktu ditanya kepada salah seorang pekerja di hotel, mereka hanya memandang saya sambil tersengih tanpa jawapan. Tetapi di Mysore, tempat makan halal yang menjadi kegemaran kami bernama Casino Park Restaurant.
Sebenarnya terdapat dua cawangan Casino Park, satu di Kallai Road yang terletak tidak jauh dari hotel kami dan satu lagi di tengah-tengah Bandar Mysore. Kami tidak berpeluang jalan-jalan di bandar jadi di sini sahajalah tempat kami berdapur. Pada mulanya, kami hanya lalu sahaja di hadapan kedai makan ini memandangkan nama yang terpampang di atasnya...
CASINO PARK RESTAURANT...
"Huh, nama pun dah casino, mestilah tak halal,kan Ummi?" saya membuat telahan. Namun kami tidak temui kedai makan lain yang halal di sekitarnya. Ada sebuah restoran halal bernama Chilli Grill (jika tidak silap) tetapi sedang dalam proses pengubahsuaian. Sebuah lagi bernama Green Leaf... masuk sahaja ke dalam sudah dapat menghidu bau colok dari sebuah kuil kecil. Tuan punya kedai pun macam terkejut sahaja melihat kami masuk. Setelah bertanya, memang sah tidak halal.
Kami lalu lagi buat kali yang ketiga depan Casino Park, entah mengapa Ummi tergerak untuk masuk bertanya apabila melihat tempat memanggang kebab di luar kedai. Biasanya kebab menjadi trademark makanan orang Arab. Dan di saat itulah bermulanya perkenalan kami dengan Casino Park Restaurant.
Duduk sahaja di meja makan, saya terpandangkan papantanda yang bertulis "STRICLY NO LIQUOR". Alhamdulillah, lega... . Tuan punya kedai makan ini sangat peramah orangnya. Namun yang terlebih peramah dengan kami ialah salah seorang pekerjanya yang saya panggil 'Seksyen 27'. Mengapa? Kerana dia pernah berkerja di Malaysia selama 6 bulan sebelum visanya tamat tempoh dan tidak dapat pekerjaan lain. Bila ditanya, kerja di mana? "Seksyen 27". Oh, memang dekat dengan tempat tinggal kami. Ummi pun terus rasa macam baru jumpa 'orang kampung'! Tambahan pula 'Seksyen 27' memang ramah melayan kerenah dua orang perempuan Malaysia ini. Seronok pula kami apabila dia juga masih ingat-ingat lupa berbahasa Melayu.
Tetapi kami amat terperanjat apabila dia menyebut perkataan 'tapau' bila Ummi hendak membungkus makanan untuk dibawa pulang ke bilik. Wah... . Di Bangalore, jika mahu 'tapau' kita kena cakap 'parcel'.
Sudahnya, setiap hari muka kami makan di situ. Ummi sangat sukakan suasana bersih dalam kedai makan tersebut. Jauh sungguh bezanya dengan sesetengah kedai makan Melayu di tanahair.
"Saya memang dah jatuh cinta dengan kedai ini!" demikian Ummi membuatkan pengakuan menyebabkan saya tergelak besar.
Bukanlah hendak menyokong tetapi saya rasa 'cinta' Ummi kepada Casino Park ada sebab. Tidak dapat dinafikan makanannya memang enak sekali. Saya paling suka South Indian Thali Set. Sedapnya! Layanannya pun sopan dan mesra. Dapurnya?... .
Pada malam terakhir kami menjamu selera, Ummi menyatakan hasrat hatinya untuk melihat dapur Casino Park. Maka, sebagai jurucakap, terpaksalah saya memaniskan senyuman untuk memenuhi hajat Ummi tersayang. Memang kelakar kerana waktu itu, kami dipandang macam wartawan CNN yang datang ke kedai. Setelah mendapat lampu hijau daripada Bos Casino Park, saya dan Ummi pun tergelak-gelak menghampiri dapur yang dapat dilihat melalui cermin dari ruang makan. Malam itu, puas saya mengusik Ummi. "Amboi, takut rindu pada Casino Park ke, Seksyen 27?"...
Haha, maaf zahir dan batin Ummi. Bergurau sahaja.
Dan entri kali ini saya khususkan buat Ummi supaya boleh menyimpan kenangan kita buat selama-lamanya. Tempat jatuh lagikan dikenang, kan Ummi? Inikan pula tempat...(nangis) .
Tetapi sesungguhnya saya sendiri yang rindu pada tempat itu. Di situlah saya menjamah Cili Paneer buat pertama kalinya. Sehingga hari ini masih terbayang-bayang bagaimana keenakan keju India itu digoreng bersama bawang besar, hirisan cili hijau dan cili giling. Cili Paneer di Calicut pun tidak sesedap di Casino Park. Jadi, jika anda berpeluang melancong ke Mysore, cubalah menjamu selera di salah sebuah cawangan restoran ini. Insya-Allah dijamin lazat sehingga menjilat jari!
Saya tidak pasti apakah yang ada dalam Thali Set. Menurut cerita kawan saya, di Kerala, terdapat nasi Thali yang dihidangkan bersama empatbelas jenis lauk.
What? Fourteen?... Wow! I want, I want!
Apa yang jelas dalam gambar di atas, ada lima jenis lauk yang dimakan bersama nasi putih. Kemudian ada dua keping roti paratha yang... uh, lembutnya tidak terkata! Dan saya paling ingat lagi pemanis mulut di sebelah kanan sekali, rasanya macam bubur barli pun ada. Tetapi dicampur dengan herba dan tidaklah manis sangat. Sedap. Okay, ayat di bawah ini sila baca dengan nada sengau.
~Tapi, sebelum akhak buat pencuci mulut, akhak bedal bubur tu dengan nasi putih sebab ingatkan salah satu lauk!...Boleh?~
Maka terkekeh-kekehlah Si Seksyen 27 datang memberitahu. "Alo Bhaiya, kenapalah kau tak cakap awal-awal?". Benda itu sudah tinggal separuh baru nak cakap. Mujurlah Ummi tidak berapa sukakan rasa herba. Dapatlah saya menghabiskannya.
Pada hari-hari terakhir di Mysore, saya disapa oleh seorang pemuda bernama Vikram. Dia yang bekerja di UK, pulang untuk melepaskan rindu pada kampung halaman. Rumahnya tidak jauh dari situ. Oleh kerana Vikram berpendidikan dari luar negara, dia tidak kekok menegur kami. Vikram menyuruh saya mencuba snek harian yang sangat popular di seluruh India bernama 'Maghai Pan'. Mahu tahu apa itu Maghai Pan?. Menurut khabarnya, snek ini boleh membantu kelancaran penghadaman selepas makan dan mengharumkan bau mulut.
Maghai Pan diperbuat daripada;
Sireh + gambir + tembakau + serbuk coklat dan dicampur dengan citarasa tempatan.
Di Mysore, maghai pan dimasukkan kelopak bunga mawar yang sudah diracik dan direndam dalam air gula. Kemudian semua ini dibalut dalam daun sireh dan kertas timah yang boleh dimakan. Sebagai hiasan, dicucukkan sebutir buah ceri jeruk di atasnya.
Dengan semangat seperti seorang 'Thristy Traveller', saya pun mengunyah Maghai Pan dengan disaksikan oleh para penonton sekalian. Dua saat, empat saat, enam saat... okay, cukup, naik maung satu tekak. Bau wangi kelopak mawar dan rasa gula bercampur kesemua bahan di atas betul-betul kuat sehingga saya tersedak dan terpaksa meludah ke dalam kertas tisu yang dihulurkan Vikram.
"Are you okey?... " soal Vikram agak risau.
"Eh, okey!... " balas saya sambil mengangkat ibu jari.
Balik bilik? Tidak sampai sejam perut sudah memulas-mulas. Ummi tersenyum melihat saya keluar masuk bilik air. "Itu belum telan lagi," perli Ummi. Saya sengih. Syukur ada bilik air cantik!
Sepanjang di Mysore, saya tertanya-tanya apakah kerajaan Malaysia tidak ada menghantar pelajar-pelajar kita ke sini. Bagaikan menjawab persoalan yang berlegar dalam kepala saya, Tuhan telah menemukan kami dengan Cik Onnie dan temannya sewaktu menjamu selera buat kali terakhir di Casino Park Restoran. Alhamdulillah, kami bercerita lebih kurang dan bertukar emel. Terima kasih atas kemurahan hati Cik Onnie dan temannya melayan kami dan membelanja makan tengah hari. Tapi selepas itu, saya kena kejar dengan pelayan Casino Park Restaurant sebab disangkakan lari tanpa membayar sesudah makan!
Boleh? Eeiii, buat malu 'akhak' tau!
Sudahlah tidak faham berbahasa Inggeris. Saya terpaksa berpatah balik separuh jalan. Aduh, India, India... . Seronok betul sampai tidak rasa hendak balik. Hehe... .
Sekian dahulu catatan kembara kami. Sejujurnya ada banyak yang tidak diceriterakan. Buat yang sudi menjadi pembaca saya, nantikan kemunculan novel cinta Islami kedua saya. Insya-Allah sedang dalam pembikinan. Doa kalian amat dihargai.
Terima kasih.
Seperti yang telah dimaklumkan melalui catatan yang lalu, di India, restoran lebih dikenali dengan panggilan 'hotel'. Mengapa? Saya sendiri pun kurang pasti. Sewaktu ditanya kepada salah seorang pekerja di hotel, mereka hanya memandang saya sambil tersengih tanpa jawapan. Tetapi di Mysore, tempat makan halal yang menjadi kegemaran kami bernama Casino Park Restaurant.
Casino Park Restaurant - Kallai Road berhampiran Mango Suites |
CASINO PARK RESTAURANT...
"Huh, nama pun dah casino, mestilah tak halal,kan Ummi?" saya membuat telahan. Namun kami tidak temui kedai makan lain yang halal di sekitarnya. Ada sebuah restoran halal bernama Chilli Grill (jika tidak silap) tetapi sedang dalam proses pengubahsuaian. Sebuah lagi bernama Green Leaf... masuk sahaja ke dalam sudah dapat menghidu bau colok dari sebuah kuil kecil. Tuan punya kedai pun macam terkejut sahaja melihat kami masuk. Setelah bertanya, memang sah tidak halal.
Kami lalu lagi buat kali yang ketiga depan Casino Park, entah mengapa Ummi tergerak untuk masuk bertanya apabila melihat tempat memanggang kebab di luar kedai. Biasanya kebab menjadi trademark makanan orang Arab. Dan di saat itulah bermulanya perkenalan kami dengan Casino Park Restaurant.
Duduk sahaja di meja makan, saya terpandangkan papantanda yang bertulis "STRICLY NO LIQUOR". Alhamdulillah, lega... . Tuan punya kedai makan ini sangat peramah orangnya. Namun yang terlebih peramah dengan kami ialah salah seorang pekerjanya yang saya panggil 'Seksyen 27'. Mengapa? Kerana dia pernah berkerja di Malaysia selama 6 bulan sebelum visanya tamat tempoh dan tidak dapat pekerjaan lain. Bila ditanya, kerja di mana? "Seksyen 27". Oh, memang dekat dengan tempat tinggal kami. Ummi pun terus rasa macam baru jumpa 'orang kampung'! Tambahan pula 'Seksyen 27' memang ramah melayan kerenah dua orang perempuan Malaysia ini. Seronok pula kami apabila dia juga masih ingat-ingat lupa berbahasa Melayu.
Tetapi kami amat terperanjat apabila dia menyebut perkataan 'tapau' bila Ummi hendak membungkus makanan untuk dibawa pulang ke bilik. Wah... . Di Bangalore, jika mahu 'tapau' kita kena cakap 'parcel'.
Sudahnya, setiap hari muka kami makan di situ. Ummi sangat sukakan suasana bersih dalam kedai makan tersebut. Jauh sungguh bezanya dengan sesetengah kedai makan Melayu di tanahair.
"Saya memang dah jatuh cinta dengan kedai ini!" demikian Ummi membuatkan pengakuan menyebabkan saya tergelak besar.
Bukanlah hendak menyokong tetapi saya rasa 'cinta' Ummi kepada Casino Park ada sebab. Tidak dapat dinafikan makanannya memang enak sekali. Saya paling suka South Indian Thali Set. Sedapnya! Layanannya pun sopan dan mesra. Dapurnya?... .
Bersih dan tukang masak semua tutup kepala takut rambut gugur. |
Haha, maaf zahir dan batin Ummi. Bergurau sahaja.
Dan entri kali ini saya khususkan buat Ummi supaya boleh menyimpan kenangan kita buat selama-lamanya. Tempat jatuh lagikan dikenang, kan Ummi? Inikan pula tempat...(nangis) .
Tetapi sesungguhnya saya sendiri yang rindu pada tempat itu. Di situlah saya menjamah Cili Paneer buat pertama kalinya. Sehingga hari ini masih terbayang-bayang bagaimana keenakan keju India itu digoreng bersama bawang besar, hirisan cili hijau dan cili giling. Cili Paneer di Calicut pun tidak sesedap di Casino Park. Jadi, jika anda berpeluang melancong ke Mysore, cubalah menjamu selera di salah sebuah cawangan restoran ini. Insya-Allah dijamin lazat sehingga menjilat jari!
Tapau Food! Dalam bekas putih segiempat itulah cili paneer. Siap buat sarapan! |
South Indian Thali Set kesukaan saya. |
What? Fourteen?... Wow! I want, I want!
Apa yang jelas dalam gambar di atas, ada lima jenis lauk yang dimakan bersama nasi putih. Kemudian ada dua keping roti paratha yang... uh, lembutnya tidak terkata! Dan saya paling ingat lagi pemanis mulut di sebelah kanan sekali, rasanya macam bubur barli pun ada. Tetapi dicampur dengan herba dan tidaklah manis sangat. Sedap. Okay, ayat di bawah ini sila baca dengan nada sengau.
~Tapi, sebelum akhak buat pencuci mulut, akhak bedal bubur tu dengan nasi putih sebab ingatkan salah satu lauk!...Boleh?~
Maka terkekeh-kekehlah Si Seksyen 27 datang memberitahu. "Alo Bhaiya, kenapalah kau tak cakap awal-awal?". Benda itu sudah tinggal separuh baru nak cakap. Mujurlah Ummi tidak berapa sukakan rasa herba. Dapatlah saya menghabiskannya.
Pada hari-hari terakhir di Mysore, saya disapa oleh seorang pemuda bernama Vikram. Dia yang bekerja di UK, pulang untuk melepaskan rindu pada kampung halaman. Rumahnya tidak jauh dari situ. Oleh kerana Vikram berpendidikan dari luar negara, dia tidak kekok menegur kami. Vikram menyuruh saya mencuba snek harian yang sangat popular di seluruh India bernama 'Maghai Pan'. Mahu tahu apa itu Maghai Pan?. Menurut khabarnya, snek ini boleh membantu kelancaran penghadaman selepas makan dan mengharumkan bau mulut.
Maghai Pan diperbuat daripada;
Sireh + gambir + tembakau + serbuk coklat dan dicampur dengan citarasa tempatan.
Di Mysore, maghai pan dimasukkan kelopak bunga mawar yang sudah diracik dan direndam dalam air gula. Kemudian semua ini dibalut dalam daun sireh dan kertas timah yang boleh dimakan. Sebagai hiasan, dicucukkan sebutir buah ceri jeruk di atasnya.
Inilah Maghai Pan - Saya makan tapi tak telan. |
Dengan semangat seperti seorang 'Thristy Traveller', saya pun mengunyah Maghai Pan dengan disaksikan oleh para penonton sekalian. Dua saat, empat saat, enam saat... okay, cukup, naik maung satu tekak. Bau wangi kelopak mawar dan rasa gula bercampur kesemua bahan di atas betul-betul kuat sehingga saya tersedak dan terpaksa meludah ke dalam kertas tisu yang dihulurkan Vikram.
"Are you okey?... " soal Vikram agak risau.
"Eh, okey!... " balas saya sambil mengangkat ibu jari.
Balik bilik? Tidak sampai sejam perut sudah memulas-mulas. Ummi tersenyum melihat saya keluar masuk bilik air. "Itu belum telan lagi," perli Ummi. Saya sengih. Syukur ada bilik air cantik!
Sepanjang di Mysore, saya tertanya-tanya apakah kerajaan Malaysia tidak ada menghantar pelajar-pelajar kita ke sini. Bagaikan menjawab persoalan yang berlegar dalam kepala saya, Tuhan telah menemukan kami dengan Cik Onnie dan temannya sewaktu menjamu selera buat kali terakhir di Casino Park Restoran. Alhamdulillah, kami bercerita lebih kurang dan bertukar emel. Terima kasih atas kemurahan hati Cik Onnie dan temannya melayan kami dan membelanja makan tengah hari. Tapi selepas itu, saya kena kejar dengan pelayan Casino Park Restaurant sebab disangkakan lari tanpa membayar sesudah makan!
Boleh? Eeiii, buat malu 'akhak' tau!
Sudahlah tidak faham berbahasa Inggeris. Saya terpaksa berpatah balik separuh jalan. Aduh, India, India... . Seronok betul sampai tidak rasa hendak balik. Hehe... .
Sekian dahulu catatan kembara kami. Sejujurnya ada banyak yang tidak diceriterakan. Buat yang sudi menjadi pembaca saya, nantikan kemunculan novel cinta Islami kedua saya. Insya-Allah sedang dalam pembikinan. Doa kalian amat dihargai.
Terima kasih.
Dulu nenek kita memang suka makan sireh kapur gambir dan bermacam bagai... sihat je dia...
ReplyDeleteApa kata kita contact owmner Casino Park Resto tu dan mintak dia buka branch kat Mesia?
Betul tu, tak perlu susah-susah terbang jauh ke Mysore.
ReplyDeleteUncle Oldstock,
'Akhak sokhong!' (Suara masih sengau sebab tertelan Maghai Pan)Hehe... .