Dari Kalyana Mantapa ke Galeri Lukisan
Bergerak dari Kalyana Mantapa, kami masuk ke dalam sebuah galeri lukisan diraja. Antara lukisan yang terpamer di sini ialah sebuah potret lama yang sudah pun berusia 100 tahun. Potret ini menggambarkan Maharaja Krishnaraja Wodeyar IV semasa kanak-kanak bersama dua orang kakaknya di luar istana. Sewaktu saya mengambil gambar potret ini, saya tidak tahupun bahawa ini adalah antara lukisan Raja Ravivarma, seorang pelukis diraja yang sangat terkenal dizamannya. Saya merakamkan gambar ini kerana tertarik dengan suasana dan ekspresi wajah ketiga-tiga orang kanak-kanak di dalam potret ini. Mungkin ada sedikit penerangan yang telah diceritakan dalam alat audio tetapi al-maklumlah, dengan kelibat orang ramai yang sama-sama sibuk hendak melihat gambar dari dekat dan saya sendiri yang sama naik menyelit di celah-celah ketiak orang, inilah hasilnya; beberapa keping gambar potret yang sempat dipetik masuk ke dalam lensa telefon bimbit saya. Eh, mana Ummi? Oh, rupa-rupanya Ummi sudah menunggu saya di luar sambil bercekak pinggang. Ok, Ummi, mari kita teruskan menjelajah Istana Mysore.
Sebaik sahaja melangkah keluar dari Galeri Lukisan, kami bergerak mengikut arus manusia menuju ke Period Future Room. Tarikan utama di sini adalah sepasang kerusi yang diperbuat daripada perak. Peliknya, salah sebuah kerusi ini merupakan hasil tangan Bartonson & Company dari Bangalore manakala yang satu lagi di bawah tangan T.R.Tawker and Sons dari Madras.
Selain daripada dua buah kerusi perak ini, tarikan utama Period Furniture Room terletak pada keindahan seni ukiran siling kayunya. Keseluruhan bilik ini bersilingkan kayu teak dari Burma yang dihiasi kehalusan ukiran asli Mysore iaitu kelopak bunga.
Akan bersambung... .
Krishnaraja Wodeyar bersama dua orang kakaknya |
Chamaraja Wodeyar |
Maharaja di atas 'Golden Howdah' |
Sebaik sahaja melangkah keluar dari Galeri Lukisan, kami bergerak mengikut arus manusia menuju ke Period Future Room. Tarikan utama di sini adalah sepasang kerusi yang diperbuat daripada perak. Peliknya, salah sebuah kerusi ini merupakan hasil tangan Bartonson & Company dari Bangalore manakala yang satu lagi di bawah tangan T.R.Tawker and Sons dari Madras.
Kerusi Perak dan Meja Solek berhias gading gajah |
Ukiran siling dari kayu Teak Burma |
No comments:
Post a Comment