The Durbar Hall - Dewan Durbar
Laluan kami seterusnya membawa ke sebuah lagi dewan yang sarat dengan ukiran-ukiran nan indah; The Durbar Hall. Berada di sebalik tiang-tiang besar hijau dan bersadur emas, kami seolah-olah sedang hidup dalam babak salah satu daripada filem-filem Bollywood.
Jika Durbar Hall menempatkan Diwani-Am, Ambavilasa pula menempatkan Diwani-Khas. Seketika nanti kita akan masuk ke sana. Apa yang pasti, tidak dapat hendak digambarkan menerusi bait-bait perkataan tentang keindahan kedua-dua tempat ini. Hanya gambar-gambar berikut yang dapat berbicara kepada anda semua.
Bersebelahan dengan Durbar Hall yang dihiasi berpuluh-puluh tiang itu, kami sampai ke sebuah dataran marmar yang luas pula. Dari tempat ini, pengunjung dapat melihat halaman istana yang sangat luas dengan kebun bunga dan pancuran di kiri kanannya. Beberapa buah kuil juga turut didirikan dalam kawasan istana ini. Bertentangan dengan ruang lapang, kita juga dapat melihat Jayamarthanda Gate yang tersergam megah. Begitu juga dengan Istana Lalitha Mahal yang berada nun di kejauhan bersama-sama Bukit Chamundi yang menjadi latar belakangnya.
Saya dan Ummi berhenti merehatkan kaki di sini. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berlari-larian sementara orang-orang dewasa pula mengambil kesempatan duduk dalam beberapa kumpulan sambil berbual-bual menyaksikan panorama indah di luar sana. Matahari Mysore memancar terang walaupun sepatutnya musim monsoon telah tiba. Semasa merehatkan diri, kami semua tidak dapat tidak pasti akan mendongak ke atas. Mengapa?
Di atas sana, sepuluh buah lukisan tangan menjadi penghias siling istana. Lukisan-lukisan ini adalah hasil kerja seni Shilpi Siddalingaswamy yang mengambarkan sepuluh penjelmaan semula Dewa Vishnu. Di bahagian paling tengah sekali, terdapat lukisan dua belas zodiak yang dikelilingi oleh Brahma, Vishnu dan Maheshwara.
Bersambung... .
The Durbar Hall |

Tidak Puas Mata Memandang |
Durbar Hall bersebelahan dengan dataran terbuka. |

Lalitha Mahal dan Bukit Chamundi menjadi latar |
Lukisan siling seperti kelaziman dalam istana eropah |
Duabelas zodiak |
Setiap panel siling turut dihiasi chandelier |
Bersambung... .
No comments:
Post a Comment