"Berapa lamakah masa yang awak ambil untuk menyiapkan sesebuah karya?" seperti biasa, soalan yang sama dilemparkan kepada saya berulang-ulang kali. Ya, berapa lama? Sebulan? Tiga bulan? Setahun?...
Apakah ada formula-formula khusus yang harus diguna pakai bagi menentukan tempoh siap sesebuah buku? Macam penulisan thesis oleh pelajar-pelajar Sarjana? Bolehkah kita memberi tarikh akhir kepada pembentukan sesebuah karya?
Sejujurnya, hingga kini, saya masih lagi tercari-cari satu kaedah yang boleh membantu saya mempercepatkan proses penulisan. Saya bukanlah seorang penulis yang hebat. Setiap patah perkataan yang diketuk dari papan kekunci ini belum tentu dapat memuaskan hati sendiri. Saya juga tidak lahir dari 'sekolah penulisan' lantas apa jua yang saya pelajari, alam semesta yang menjadi universitinya.
Saya pernah terbaca dalam beberapa blog bahawa penghasilan sesebuah karya sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor. Melalui pembacaan dan pengamatan saya sendiri, hal ini berkait rapat dengan;
1) Disiplin kawalan waktu penulisan.
2) Keberhasilan kerja-kerja penyelidikan.
3) Penyediaan bahan-bahan penulisan.
4) Mood - Emosi penulis.
5) Kemantapan jalan cerita.
Dan banyak lagi yang boleh dijadikan alasan seperti qada dan qadar Tuhan. Tiba-tiba perkara yang tidak diingini berlaku. Tentulah hal sebegini boleh mengganggu kerja-kerja penulisan, bukan?
Saya cukup kagum dengan kehebatan beberapa orang penulis tempatan yang berjaya menghasilkan dua hingga tiga buah buku setahun. Wah, dahsyat sungguh kekuatan mental mereka. Saya belum lagi dapat mencapai ke tahap itu. Apakah sebenarnya yang ingin kita capai dalam kerjaya penulisan ini? Haruskah kita berbangga dengan jumlah buku yang kita hasilkan dalam masa yang singkat? Atau jumlah royalti yang kita kumpul? Atau perlukah kita fikirkan kualiti dan manfaat buku tersebut di tangan pembaca?
Sebagai seorang penulis, saya kira jawapan yang benar-benar ikhlas hanya terdapat dalam dada masing-masing. Seorang penulis 'masa' sudah pasti akan berhempas-pulas mengejar deadline untuk ke kilang percetakan. Lebih banyak buku yang tercetak, lebih tinggi peluang untuk menambah kutipan royalti. Maka, penulisan sudah menjadi suatu perniagaan kata-kata. Seorang penulis 'rasa' pula akan hanya menulis kata-kata yang keluar dari mata hati. Hasil tulisannya itulah yang kadang-kala terasa melibas seperti sebilah pedang. Nipis tetapi tajam menusuk jiwa pembaca.
Bolehkah kita ibaratkan karya itu seperti sebutir intan? Semakin diperam dan digilap, semakin berkilauan, bercahaya dan tinggi mutunya? Maksudnya, karya yang ditulis dengan penuh kesabaran dan ketelitian akan membuahkan hasil yang menakjubkan? Saya kira ada benarnya perumpamaan ini. Tetapi hakikatnya sekarang, tidak ramai yang sanggup mencanai intan (bukan kerana tidak pandai) DAN tidak ramai yang mahu memilikinya (mungkin kerana tidak mampu dek akal untuk menafsirkan).
Cakap saya masih berlapik. Tapi buat yang tidak faham, terus-terang saya kata, orang zaman sekarang lebih suka pakai permata palsu. Tak percaya? Cuba lihat di kedai-kedai buku.
Ramai juga yang bertanya kepada saya... "Bila lagi nak siap novel baharu?"
Ya, bila... saya sering bertanya kepada diri saya sendiri. Apakah aku ini penulis 'masa' atau penulis 'rasa'?.
Anda bagaimana?... .

Saya penulis tak tentu masa.... hehe...
ReplyDeleteHaha...
ReplyDeleteItu lagi hebat!
salam mazny...memang ingat sangat nak jemput awak...tapi dah hilang contact no...patut datang jer...sebab awak kan dah rapat jugak dengan saya...):
ReplyDelete