Anda peminat Comic Fiesta?
Pernahkah anda mendengar acara Comic Fiesta yang diadakan saban tahun di Malaysia? Menurut sejarahnya, acara ini sudah pun menginjaki tahun ke 12 pada 22 Disember 2012 yang lalu. Pesta ini berlangsung selama dua hari sahaja. Mahu tahu apa itu Comic Fiesta? Tunggu apa lagi? Mari tarik kerusi dan duduk bersama saya di kafe ini.
Comic Fiesta di Malaysia sebenarnya bermula pada tahun 2002 di Dewan Perniagaan China Kuala Lumpur sebagai sebuah pameran kecil sahaja. Tahun demi tahun, populariti pameran tersebut kian meningkat lantaran bertambahnya peminat komik dan manga di Malaysia terutamanya di kalangan Generasi Y. Ia diselenggarakan oleh beberapa orang individu yang sememangnya peminat tegar dalam bidang animasi, komik dan permainan video di negara ini. Sejak akhir-akhir ini, jumlah penyertaan untuk pameran dan penajaan daripada syarikat-syarikat besar turut bertambah. Ia menjadikan Comic Fiesta sebagai satu acara tahunan paling gempar untuk meraikan peminat-peminat komik dan manga di seluruh Malaysia!
Apa yang menjadikan ia lebih meriah, pesta yang ditungu-tunggu oleh sekalian peminat komik ini bukan sahaja mendapat mendapat sambutan hangat dari dalam negara. Malah, kami sempat bertembung dengan beberapa orang artis, pekomik dan peminat yang datang dari Singapura, Thailand, Jepun dan juga beberapa buah negara lain. Baiklah, mari kita lihat apa yang ada di dalam dewan besar Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ini.
Setiap pengunjung yang mahu merasai kemeriahan pesta ini, perlulah membeli tiket masuk terlebih dahulu. Adalah dinasihatkan agar berada lebih awal untuk mendapatkan tiket yang dijual pada hari pesta berlangsung kerana kebiasaannya, barisan menuju ke meja penjualan adalah sangat panjang. Ataupun, anda boleh juga membuat pembelian awal, 'early bird tickets' dengan harga yang lebih murah. Pembelian sebegini ternyata lebih bijak kerana boleh menjimatkan masa dan kos. Begitulah pengalaman saya selama tiga tahun menyertai pesta ini.
Di dalam dewan, ia selalunya dibahagikan kepada tiga fokus utama.
Bahagian pertama - terdiri daripada gerai-gerai penaja dan peserta pameran yang mengambil bahagian termasuklah beberapa kolej seperti Saito College dan KDU. Pada tahun lepas, saya menemukan Universiti Limkokwing di sini. Tahun ini, saya melihat kehadiran Hot Link, WACOM, IAHGames dan beberapa nama lagi yang tidak terlekat dalam ingatan. Di sini juga berjalannya transaksi pertukaran kad/permainan Vanguard. Para pemain perlu membayar yuran sebanyak RM5 untuk menyertai permainan /pertandingan ini.
|
Ruang legar dewan pameran. |
|
Baju T berinovasi. Sayangnya pembeli perlu ada tablet atau smartphone. |
|
Baju T Naruto berharga RM70! Mujur dikirim kawan. |
|
Pekomik dari Indonesia. |
Antara gerai yang menarik minat saya di bahagian ini ialah sebuah meja yang membenarkan kami melukis apa-apa sahaja watak animasi kegemaran di atas lembaran kertas putih yang panjang berjela-jela. Tahun lepas, sempat saya melukis sesuatu. Tahun ini, tidak sempat kerana saya tidak meluangkan masa yang panjang di dalam dewan. Sebaliknya, lebih lama berada di Kinokuniya yang berdekatan.
Sebuah lagi gerai yang menjadi tumpuan ramai ialah gerai permainan video. Di sini, berlangsungnya pertandingan permainan video yang ditayangkan secara 'live' antara para peserta yang datang dari beberapa negara luar bertemu dengan pemain-pemain dari negara kita dalam beberapa siri perlawanan sepanjang dua hari tersebut.
Bahagian ke dua - selalunya terdiri daripada meja-meja jualan yang disewakan kepada para peniaga dan pekomik-pekomik persendirian. Mereka menjual pelbagai produk seperti lukisan ilustrasi, 'button badges', figura, poskad, penanda buku atau kalendar mini dengan watak-watak animasi yang popular seperti Naruto, Bleach, One Piece, Kuroshitsuji (The Black Butler), Death Note, Final Fantasy dan sebagainya. Ada juga yang mencetak komik mereka sendiri lalu dijual sebagai edisi khas pada setiap kali Comic Fiesta berlangsung dengan harga RM10-RM20 sebuah. Beberapa pekomik yang saya temui sejak beberapa tahun lepas, sudah pun memiliki siri bagi karya mereka. Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan barangan animasi seperti 'head dress', topi, topeng muka, cincin Akatsuki, baju T dengan watak-watak animasi popular, bolehlah berkunjung ke bahagian ini. Sekadar mengingatkan, harganya memang boleh melucutkan jantung anda! Tetapi bagi peminat-peminat tegar, mereka sanggup berhabisan wang saku kerana kebanyakan produk ini adalah eksklusif dan dijual pada dua hari pesta berlangsung sahaja. Selain daripada waktu ini, mereka terpaksa mencari di tempat-tempat tertentu di sekitar Kuala Lumpur.
|
The Joker |
|
Team HALO? |
|
Zabuza-Orochimaru-Kakashi |
|
Tiga tahun, beliau memakai pakaian yang sama (Cosplaying as myself) |
|
Peminat manga Death Note pasti kenal siapakah watak ini. |
|
Akatsuki dari siri animasi Naruto |
|
Watak Ceil dan Sebastian dari Kuroshitsuji |
|
You go, girl! |
|
Gandalf the Grey |
Bahagian ke tiga pula lebih tertumpu kepada acara pentas. Di sini, beberapa buah kumpulan muzik membuat persembahan dengan memainkan lagu-lagu tema daripada siri animasi kartun Jepun yang diminati ramai. Di atas pentas kecil ini juga berlangsungnya satu acara yang sememangnya menjadi tarikan utama Comic Fiesta - Pertandingan 'Cosplay' ( Costume play). Peserta yang mengambil bahagian akan menyarungkan pakaian mengikut watak animasi pilihan mereka dan melakonkan perwatakan tersebut untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan. Pertandingan ini dibuka kepada dua kategori; individu dan berkumpulan. Sungguh menarik berada di tengah-tengah peminat-peminat tegar komik dan animasi ini atau gelaran yang diberikan kepada mereka ialah OTAKU.
|
Pentas utama |
Acara yang meraikan para peminat animasi, komik dan permainan video ini, ( Animasi, Comics and Games - ACG) sebenarnya turut diadakan di beberapa buah negara lain seperti Jepun, Singapura dan India. Di India, ia dinamakan Comic Con (Comic Convention). Biarpun baru memasuki tahun ke tiga, Comic Con di India tidak kurang kalahnya dengan Comic Fiesta di sini. Saya pernah bertemu dengan 'Alien' di sini. Di India, mereka ber cosplay sebagai Iron Man pula. Tahun ini, saya juga melihat beberapa orang cosplayer muslimah yang bergaya dengan pakaian watak animasi kegemaran mereka tanpa perlu membuka aurat ataupun menanggalkan hijab di kepala. Tahniah, sayang! Tambah mengagumkan, apabila saya turut terserempak dengan mereka di surau pusat membeli belah KLCC bagi menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam. Alhamdulillah... . Biar apa pun minat kita, jangan sesekali lalai dan lupa akan jati diri kita. Biar apa pun yang kita kejarkan, agama tetap menjadi landasan. Begitulah hendaknya... .
|
Dua orang otaku yang sehati sejiwa. |
|
Harga secawan teh tarik dan sekotak sandwic - RM8.30! |
|
Picnic in the garden. |
|
Vanguard players |
Selain daripada kemudahan surau KLCC yang besar, terdapat ruang rekreasi yang luas seperti di taman bersebelahan dewan pameran tersebut. Para 'cosplayer' juga merasakan tempat ini amat sesuai untuk dijadikan latar kepada gambar atau video yang mereka rakamkan. Usah dirisaukan soal makan kerana pusat membeli belah Suria KLCC menyediakan pelbagai pilihan yang halal. Anda cuma perlu pandai membuat pilihan dan oh, harganya tentulah tidak seperti di kedai mamak. Jika rajin, boleh sahaja sediakan bekalan dari rumah dan berkelah bersama keluarga di taman yang cantik itu.
Tidak sah jika bercerita tentang Comic Fiesta, jika tidak menyentuh sedikit tentang seorang individu yang bernama Danny Choo. Siapakah Danny Choo ini? Beliau lahir di kota London kira-kira 40 tahun yang lalu. Pernah bekerja sebagai seorang pereka kasut namun minatnya terhadap budaya Jepun membuatkan beliau menukar bidang. Bermula dengan minat yang mendalam, dari sebuah laman blog dan youtube, beliau kini memiliki sebuah syarikat yang bernama Mirai Inc. yang berperanan mengetengahkan budaya Jepun melalui rancangan popularnya Culture Japan. Rancangan ini juga termasuk dalam siaran Astro Animax di Malaysia. Ya, beliau ialah anak kepada seorang jutawan kasut yang amat terkenal, Datuk Jimmy Choo dari Malaysia.
Usaha Danny ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perkembangan dan populariti Comic Fiesta. Maka kehadiran beliau di Comic Fiesta pada tahun ini telah menyemarakkan lagi kemeriahan acara tahunan yang menjadi kegilaan para otaku di Malaysia.
|
Danny Choo |
Memandangkan perkembangan yang begitu menggalakkan dalam bidang animasi, komik dan permainan video di Malaysia, saya kira sudah sampai masanya kita maju setapak lagi dengan memperkenalkan produk ACG yang berkonsepkan Islami. Ah, apabila menyebut perkataan 'Islami' sahaja ada yang sudah berkerut kerana segera terbayangkan tema yang klise, kesukaran dan pantang larang yang membantutkan kreativiti (kononnya!). Usah begitu, kawan! Bukan sedikit tema agama yang mereka masukkan ke dalam karya animasi mereka. Apakah kita sedar akan hal ini? Jadi mengapa harus ada was-was atau bimbang untuk memperjuangkan tema yang bertunjangkan agama sendiri? Ayuh, hidup perlu maju, bukan mundur.
Come on! Creativity is not always about a straight line or a curve or black and white. The creative power among human is surprisingly superb. It brings us Aliens & Predators, Avengers, Superheroes and what not. I believe Malaysia has many talented writers, scriptwriters and illustrators in this field. We need more animators too. Nothing is impossible. So please don't give me reasons. Obviously we don't want our future generation to be outdated but at the same time, we also want them to preserve our own culture. Our identity. That is what making us special in the eyes of the foreigners. This is our challenge. Be brave. Be creative. Be uniquely us. I would love to see some Malaysian contents (as well as Islamic) animations at par with this Japanese's in the future.
So, are you game?
|
This is my head dress - I'm the Black Cat! |
Mazny M.R.
(Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Comic Fiesta di Malaysia, sila klik pada pautan ini:
No comments:
Post a Comment