Siapakah Pi?
Sudahkah anda menonton filem Ang Lee yang terbaharu, Life of Pi? Filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel karya Yann Patel yang telah memenangi pelbagai hadiah termasuklah The Man's Booker Prize 2002. Saya sempat membaca sedikit sinopsis buku tersebut sewaktu menjengah ke kedai buku beberapa tahun lalu. Saya tahu ceritanya agak menarik lantaran isinya menceritakan perjalanan hidup seorang anak remaja yang keliru dalam pencarian Tuhan. Apa yang membuatkan cerita ini semakin menarik adalah kehadiran satu watak antagonis, Richard Parker, yang dipersembahkan melalui seekor harimau Bengal yang ganas. Agak lama juga kita tidak melihat pengarang mengangkat watak seekor binatang sebagai salah satu watak utama. Filem ini mengingatkan saya kepada sebuah filem lama yang bertajuk Free Willie. Selebihnya, kebanyakkan watak-watak binatang yang menjadi 'pelakon utama' telah pun dipersonifikasikan perwatakannya. Contoh yang dapat saya berikan seperti Ratatouille dan Stuart Little.
Baiklah. Seperti yang anda tahu, saya bukanlah seorang pengkritik filem. Apatah lagi mahu mengkritik karya hebat milik Yann Patel. Biarpun ramai yang tahu, setiap pengkarya itu mempunyai agendanya yang tersendiri di dalam berkarya namun saya melihat filem ini (kerana saya tidak membaca keseluruhan bukunya lagi) sebagai satu kejayaan dalam membuktikan bahawa TUHAN ITU WUJUD dan menjadi fitrah manusia untuk BERGANTUNG KEPADA TUHAN. Saya melihat filem ini juga berpeluang sebagai pencalonan bagi kategori Cinematografi Terbaik untuk filem 3D di peringkat Oscar kelak.
Tidak dapat dinafikan terdapatnya unsur-unsur pluralisme yang sangat kuat di dalam jalan ceritanya. Hinggakan di pengakhiran filem, saya tidak pasti apakah agama yang sedang dianuti oleh Pi sebenarnya. Walaupun Pi menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan dia seorang Katholik-Hindu. Pluralisme yang berlaku dalam keluarga asalnya berulang lagi dalam keluarga baharunya! Katholik-Hindu? Alangkah kontradiknya antara dua agama ini! Apa yang jelas, dia percaya dan sangat yakin bahawa Tuhan itu wujud - sifat pertama ketuhanan yang perlu mantap dalam sistem asas akidah manusiawi. Ia mengingatkan saya kepada sifat dua puluh yang wajib bagi Allah. WUJUD adalah sifatNya yang pertama.
Oleh kerana cerita ini berkisarkan pencarian seseorang kepada 'siapakah' Tuhan, pengetahuan asas penonton dalam menafsir rukun Iman dan rukun Islam amatlah diperlukan. Penceritaan yang hebat serta hubungkait antara manusia dan alam yang terjalin dengan begitu indah sekali dalam filem ini, mungkin sahaja bisa melalaikan. Anak-anak yang bijak boleh sahaja terdetik mengapa Pi, seorang yang dilahirkan beragama Hindu, yang mempunyai jutaan Tuhan, masih tidak mengenal Tuhan? Atau mengapa Pi tidak boleh menerima sahaja Jesus (Nabi Isa) sebagai Tuhan? Dan mengapa ayahnya membiarkan sahaja Pi meniru bulat-bulat bagaimana orang Islam bersembahyang? Oleh itu, perbincangan selepas menonton menjadi wajib terutamanya kepada anda yang menontonnya bersama mereka yang berfikiran kritis. Berikut adalah sedikit perbincangan yang terjadi antara saya dan anak perempuan saya, Nadya yang berusia 15 tahun, selepas kami menonton filem Life of Pi. Sebelum itu, beliau sudah pun menonton filem ini bersama sepupu-sepupunya. Bermakna, sudah dua kali beliau 'mengembara' bersama Pi.
"Do you know that this film is about pluralism in religion?"
"Yes... ."
"How do you know?"
"Well, obviously Pi's dad who doesn't believe in God is married to his mom, who is a Hindu and then there is Pi, who get confused most of the time. And I don't really know what Ravi is... ."
Sampai di sini, saya sudah tersenggih sambil memandu dan bersyukur. Alhamdulillah, anak saya telah menonton filem ini dengan mata hati. Maka pemikirannya menjadi lebih terbuka dan bersifat agak kritis (yang bersesuaian dengan usianya itu). Maka perbincangan kami diteruskan sebagai usaha mahu memahami mengapakah watak ini begini dan mengapakah watak itu begitu.
Ayah Pi - seorang yang berpenyakit polio dan menemui kesembuhan melalui sains. Maka beliau percaya bahawa yang menyembuhkannya adalah ikhtiar manusia. Tanpa bantuan Tuhan. Tuhan itu mungkin ada, mungkin tiada baginya. Kesimpulannya bagi saya, ayah Pi seorang yang beriktiqad dengan fahaman Qadariah - mempercayai bahawa manusia hidup dengan hasil usaha kadar mereka sendiri tanpa perlu adanya campur tangan kuasa Tuhan. Lama-kelamaan, ayah Pi merasakan Tuhan itu mungkin tidak wujud pula. Akhirnya dia seorang ateis tanpa sedar.
Ibu Pi - beragama Hindu. Tetapi agama baginya adalah sesuatu yang diwarisi daripada sebuah keluarga. Faktor yang masih mengikat kenangannya bersama mendiang ibunya. Oleh itu, dia mendidik Pi dengan cara yang sama seperti dia dibesarkan. Tuhan diperkenalkan kepada Pi dalam bentuk cerita-cerita epik. Pada waktu ini, Pi sudah mula terfikirkan perihal pentadbiran alam dengan Tuhan yang sebegitu ramai. Namun dia masih menurut agama yang dianuti oleh ibunya kerana masih keliru dalam pencarian.
Ravi - anak yang mendengar kata ini tidak menunjukkan pemikiran kritis seperti adiknya. Watak Ravi seolah-olah mengikut sahaja apa yang menjadi pegangan ibu dan ayahnya tanpa banyak soal. Tidak seperti Pi yang memiliki sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mungkin juga sifat inilah yang menyelamatkannya sewaktu terdampar di tengah-tengah Lautan Pasifik bersama-sama seekor harimau Bengal.
Perbincangan kami berlarutan apabila saya menerangkan tiga fahaman utama dalam asas akidah iaitu;
a)Iktikad Qadariah - manusia akan mendapat rezeki setakat apa yang dia usahakan (dengan kadar tenaga/usahanya) sendiri. Tuhan tidak ada kuasa atau tidak mahu campur tangan atas kehidupan manusia. Fahaman sebegini tidak dapat diterima dalam Islam lantaran ia menidakkan kekuasaan Tuhan. Maha Suci Tuhan daripada bersifat dengan segala sifat kekurangan!
b)Iktikad Jabariah - menyerahkan nasib bulat-bulat kepada qada dan kadar Tuhan. Manusia seolah-olah tidak berdaya berusaha untuk memajukan diri dan mengubah nasib mereka. Iktikad ini juga menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar di mana Allah mewajibkan kita rajin berusaha untuk memperbaiki kehidupan di dunia dan membawa bekalan ke akhirat.
c) Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah - fahaman yang mengakui bahawa Allah itu Tuhan yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Namun sifat pemurahNya terhadap sekalian makhluk, membenarkan kita mendapat apa yang kita usahakan dengan bersungguh-sungguh di dunia ini, atas izinNya jua. Manusia juga perlu berusaha dan meminta kepada Tuhan agar usahanya berhasil. Itulah konsep berdoa dalam Islam. Dan Allah akan berasa 'malu' apabila tidak mengabulkan doa orang-orang yang berdoa. Lantaran itu, Allah berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya, Aku perkenankan!"
Seterusnya, kami berbincang mengenai sikap watak-watak dalam cerita ini. Juga mengapa Pi mengambil tindakkan yang sedemikian. Kami juga berbincang, saat manakah di dalam pengembaraan Pi bersama Si Richard Parker ini, dia seolah-olah 'bertemu' dengan Tuhannya?
Jawab Nadya: Semasa dia mendongak ke langit dan kilat menyambar lalu Tuhan turunkan hujan (rezeki) untuknya minum. Dia rasa ada Tuhan yang mendengar keluhannya di tengah-tengah laut yang terbentang luas itu.
Jawab saya: Semasa dia terdampar di 'pulau terapung' yang tidak pernah ditemui oleh sesiapa pun! Perkara ajaib dan indah selalunya terjadi dengan izin Tuhan. Dan Pi sendiri mengakui hakikat ini bila dia berbicara dalam dirinya, "Aku tahu, Tuhan sentiasa memerhatikan aku. Menjaga aku, hingga Dia biar aku terdampar di pulau ini."
(Semasa hujan turun, saya rasa Pi 'menerima' kehadiran Tuhan dalam nada tidak ikhlas. Mungkin juga marah. Mungkin juga menyindir?)
Tetapi Pi akhirnya sedar, pulau tersebut bukanlah tempat kehidupan yang sesuai buatnya dan Richard Parker. Tuhan sedang 'berbicara' dengannya supaya dia memenuhi perahunya dengan bekalan dan ya... meneruskan perjalanan sehingga mereka berjumpa daratan (diselamatkan). Tambahan pula menurut kata anak saya, jika anda perasan, di dalam filem ini, sewaktu babak pulau terapung itu diambil dari atas (pandangan mata burung), penonton boleh melihat bentuk pulau terapung itu seperti 'seseorang yang sedang berbaring mengiring'. Hmm, agak-agaknya, boleh teka siapa? Saya kurang pasti akan hal ini. Mungkin saya perlu menontonnya sekali lagi! Mahu membawa bonda pula. Katanya tempoh hari, mahu menonton 'cerita rimau'!
Sungguh, jika anda menonton cerita ini sebagai hiburan bersama keluarga, tidak salah untuk mengakumi teknik penceritaan dan arahan Ang Lee yang memang ternyata sangat cantik! Saya sukakan babak di mana ribuan obor-obor menerangi kegelapan lautan dalam itu dan tiba-tiba berenanglah seekor ikan paus yang amat besar lalu menujah keluar dari permukaan air dan melompat melepasi Pi! Subhanallah, peristiwa ini sebenarnya tidaklah mustahil untuk terjadi.
Selain daripada itu, karya Yann Patel ini juga mengajak kita berfikir apakah erti agama yang sebenar. Adakah agama itu terletak pada perbuatan, warisan atau kepercayaan (iman)? Sesuatu yang masih berlegar dalam kepala saya sehingga ke hari ini, mengapakah ibu bapa Pi membiarkan sahaja anaknya meniru segala perlakuan penganut agama lain? Begitu pudarnya garisan sempadan antara agama di India.
Apabila disentuh babak Pi meniru orang-orang Islam yang bersolat, tidak terfikirkah oleh kita, betapa ramai lagi orang Islam yang lahir seperti Pi di luar sana? Berdiri, rukuk dan sujud dengan hanya mengikut sahaja perbuatan imam di hadapan? Tanpa ada kesedaran fungsinya sebagai makmum. Setiap makmum di dalam saf melambangkan satu kekuatan dalam jemaah.
Mereka bersembahyang tetapi masih lagi bermaksiat. Mereka menyembah Allah tetapi masih kekok hendak mengangkat Islam seratus-peratus sebagai 'the way of life'. Mungkin benarlah kita seperti Pi, kerana kadang-kala kita bersolat tetapi masih tidak faham-faham falsafah di sebalik ibadat tersebut! Berdiri, rukuk dan sujud dengan hanya mengikut sahaja imam di hadapan. Tanpa ada kesedaran fungsinya sebagai makmum. Mungkin kerana itu juga, masyarakat sekarang tidak mengendahkan kerapatan saf dalam jemaah. Saf kian berjarak dan perpaduan kian longgar. Musuh datang berbondong-bondong melemahkan ukhuwah kita. Nauzubillah... .
Bagi diri saya, ini satu tamparan yang hebat untuk direnungkan. Usah sibuk memikirkan pengaruh pluralisme dalam beragama yang menjadi temanya. Ia tidak mungkin berbekas andai asas akidah yang saya sentuh di atas sudah mantap dalam diri. Persiapan akidah kita adalah tanggungjawab kita bukan salah orang lain! Cuba kita 'petik' yang mana perlu dan bermanfaat buat kita secara keseluruhan. Mudah-mudahan, wang yang dilaburkan untuk menonton filem Life of Pi tidak akan tersia-sia begitu sahaja. Wallahua'lam.
Sekian dahulu. Maaf kerana kelewatan memenuhi janji di sini. Entri baharu akan menyusul dalam beberapa hari lagi. Insya-Allah.

Salam manis,
Mazny M.R.
No comments:
Post a Comment