Pages

Saturday 22 October 2011

Menulis Dari Bangalore - sehari sebelum berangkat pulang ke Malaysia...

Malam tadi, kami selamat tiba dari Kozhikode dengan pesawat King Fisher.

Awal pagi kami keluar ke Garuda Mall. Menonton wayang gambar dan kembali menjamu selera di Empire Hotel. Kali ini, mencuba menu Chicken Thali ala Bangalore.

Secara peribadi, saya rasa set Thali yang saya nikmati di Hotel Malabar Gate, Kozhikode jauh lebih enak dan berbaloi. Betul-betul masakan South Indian Cruisine!

Kesian Ummi, perutnya sudah tidak tahan lagi dengan makanan di negara Bollywood ini. Hampir setiap hari mengidamkan sambal belacan! Aduh... .

Saya? Oh, alhamdulillah. Cuma saya risau kerana asyik makan nasi, nasi dan nasi. Sudah hampir 3 minggu memanjakan badan. Tidak berpeluang langsung hendak beriadah di mana-mana gymnasium.

Oleh kerana saya belum lagi selesai memuat-turunkan gambar-gambar, anda belum boleh melihat lagi diari perjalanan saya. Cadangnya, saya mahu menaip setiap hari agar tidak terlepas mana-mana peristiwa menarik sepanjang kembara saya ini. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Hari pertama tiba di Bangalore sahaja saya sudah mendapat emel daripada tuan editor. Semuanya penting-penting belaka.Jadual kajian dan penulisan saya untuk kembara di India langsung jadi kacau. Sebenarnya, saya sudahpun memaklumkan akan berpemergian selama dua minggu. 

Sewaktu di Mysore, saya benar-benar terseksa kerana begitu banyak tempat yang perlu dilawati namun terpaksa berbahagi masa untuk membuat proof-reading pula. Di sini, kami jarang keluar waktu malam. Takut! Walaupun agak selamat namun naluri saya tetap tidak membenarkan. Tambahan pula, kami ini 'lain dari yang lain'. MEMANG MENARIK PERHATIAAN RAMAI. Setelah seharian berkejar ke sana-sini, malam adalah waktunya saya membuat catatan. Jadi, bila mahu fokus kepada proof-reading, sudah hilang segala tenaga. Yang tinggal perlu disimpan untuk kembara keesokan harinya. 

Rupa-rupanya memang penat membuat kajian ini. Tambahan pula di bumi yang serba asing. Segala-galanya tidak boleh dipandang ringan. 

Selesai solat Maghrib, kami akan keluar lagi. Mudah-mudahan boleh ambil gambar waktu malam pula. Saya belum ada gambar suasana malam hari di India! =( 

Insya-Allah, esok adalah hari terakhir kembara kami. Jadi, saya mohon diri dulu. Cerita pengembaraan penuh ini akan saya tulis setelah selamat pulang ke Malaysia (dan selesai membuat proof-reading!) 

Tungguuuuuuu!   

  

Tuesday 11 October 2011

Alhamdulillah!...

Akhirnya setelah setahun merancang, Tuhan mengizinkan semua ini terjadi. Dengan ditemani Ummi, saya bertawakal untuk meneruskan misi pengembaraan iman saya yang pertama. Destinasi pilihan kali ini... negara asal filem-filem Bollywood!

INDIA... .

Bertemankan awan-gemawan membelah angkasa-raya, kami merentasi Lautan Hindi menuju ke Persinggahan Satu, Bandar Bangalore.

Biarpun tiba agak lewat, kami menaruh sepenuh harapan agar anak Kak Sally sudah sedia menanti di Lapangan Terbang Bangalore. Cuaca sejuk dan hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami buat kali pertama. Masya-Allah, mudah-mudahan ini hujan rahmat. Setelah menunggu seketika, orang yang diharapkan pun muncul dengan sebuah senyum manis. Kami terus dibawa menuju ke Apartment Dwellington yang terletak di Gokula. Dalam teksi, pemandunya sempat memberikan sedikit 'kuliah' maghrib. Perbualan bermula dengan sebuah soalan daripada saya "I am sorry but out of curiousity, are you a Shafie or Hanafi?"

Pemandu teksi itupun menoleh lalu menjawab dalam bahasa Inggeris loghat Indianya:

P.Teksi: No Shafie! No Hanafi! I am a muslim. I believe only in Quran and Hadith. Others, I don't believe! Only one road goes to heaven. The rest go to hell! Bersemangat sekali dia menjawab.

Saya dan Ummi berpandangan. Kami berbalas senyum. Kemudian, Si Pemandu Teksi menyambung "You know how to read quran?"

Yes, kami menjawab serentak. Pemandu itu memberitahu kami, hidup ini hanya perlu kepada dua perkara itu sahaja. Lain-lain pegangan adalah tidak benar! Wah, jika dilayan, ini boleh menjadi satu topik hangat. Hehe... .
Tiba-tiba melintaslah dua orang lelaki yang terhuyung-hayang. Ummi mengucap panjang. "Kafir! Kafir!"jerit Si pemandu Teksi pula. Terkejut kami dibuatnya.
"Why?" saya bertanya ingin tahu. Dia menjelaskan kepada kami, dua orang lelaki tadi sebenarnya adalah pemabuk! Malas hendak mendengar dia mengomel, saya langsung mengubah tajuk perbualan.
"Do you know Shah Rukh Khan? Is he a muslim or what?"
"He is a kafir too! All Khan is kafir!"
Huh?... amboi sedap-sedapnya mengumpat orang! Saya diamkan sahaja. Yalah, bukan kita kenal pun dia orang, kan?
Tiba-tiba dia memulangkan paku buah keras."You know Shah Rukh Khan?"
Tanpa berfikir panjang, saya menjawab... YES!
"Oooh... but do you know who is the Prophet's father?"
Terkedu disergah begitu, saya dan Ummi menjawab perlahan... "Abdullah... ."
"Why you keep quite?" dia bertanya sambil tersenyum sinis. Hish... apa-apalah bhaiya!... .

Sampai di Apartment Dwellington, kami disambut oleh Yaya, Cupcakes dan Mew Mew. Terkam sana, terkam sini! Habis beg baju kami pun nak digigitnya. Ummi nampak sungguh gembira bermain dengan kucing-kucing gebu itu. Dalam hati, saya konon-konon memasang niat hendak membela seekor anak kucing parsi apabila pulang ke Malaysia nanti!
Biarpun tidak berapa lena tidur (mungkin kena kacau dengan kucing-kucing tiga ekor itu), kami keluar menerokai Bandar Bangalore keesokan hari. Buat pertama kalinya saya belajar menaiki autorickshaw (auto). Pelajaran pertama kami ialah bagaimana hendak melakukan tawar-menawar. Jika anda ke Bangalore, pastikan anda menahan auto yang sedang bergerak, bukan yang sedang parkir. Yang sedang parkir itu, selalunya akan letak harga sendiri. Jangan sekali-kali melayan jika diserbu oleh bhaiya-bhaiya auto ini. Mahal dan tak boleh nak tawar.

Pergi tepi jalan, tahan auto, sebut nama tempat dan tanya "Meter?..."
Jika dia angguk, ok. Jika tidak, ko. Pergilah jalan jauh sikit untuk tahan auto yang baru. Samjee? Hehe... .

Hari pertama, anak Kak Sally bawa kami menyelusuri Commercial Street (CM). Letaknya di tengah-tengah bandar. Sebuah lorong kecil yang menempatkan deretan kedai baju, kain, barang-barang kraf tangan dan sebagainya. Di sini, paling berbaloi membeli kain kapas dari Fazal dan baju-baju kain kapas dari FabIndia (kami memanggilnya sebagai Indian's British India). Kemudian saya ternampak beberapa buah kedai yang menjual gelang tangan Bollywood. Memang cantik-cantik dan harganya jauh lebih murah dari yang dijual di jalan Masjid India!
Cuba tengok gambar yang akan di upload nanti. Cantik! *senyum lebar*

Selepas itu, kami bergerak naik auto ke Mantri Square (tapi mereka panggil Mantri Mall). Jangan tanya kenapa. Sampai di sana, perkara pertama yang saya cari mestilah... kedai buku! Ini adalah salah satu kedai buku terbesar dan memiliki rangkaian seperti MPH dan Popular. Berjumpa dengan apa yang saya cari di situ, kami terus menuju ke sebuah restoran yang terkenal... Empire Hotel Bangalore. Oh, di sini, kedai makan dipanggil hotel. Hotel?... kalau hotel, hotel juga. Kelakar, kan? Jadinya tiap-tiap hari mereka makan di hotel! Hehe... .Kalau dengar memang rasa kagum.

Empire Hotel ini mempunyai beberapa rangkaian. Bagi saya, yang paling sedap ialah jus buahnya. Saya mencuba 'mosambi'... macam fresh orange yang baru dipetik dari ladang limau! Sangat segar dan sedap sekali.

(Okay, saya mengantuk. Wi-fi di hotel ni, cuma ada di ruang lobi... itupun asyik sangkut-sangkut. Memang boleh naik angin dibuatnya. Jika anda kerap datang ke kafe ini, bolehlah anda membaca catatan pengembaraan saya. Insya-Allah, ada kelapangan nanti saya akan sambung lagi kisah kembara ini. Buat makluman, saya menulis dari Kerala bukannya Bangalore)

Niat di hati hendak menulis setiap hari dari sini. Apakan daya, setiap saat, masa amat mencemburui saya! Tidak mengapa, dapat juga merasa duduk di lobi hotel sambil menulis dalam pemerhatian orang ramai!

Kisah ini akan bersambung semula apabila saya menulis dari Malaysia.

Monday 10 October 2011

Hari ini, saya akan bertolak ke sebuah benua... .

Mungkin ramai yang sudah tahu ke manakah destinasi saya. Namun apa yang pasti, ini bukanlah satu aktiviti liburan semata-mata.

Ini sebuah kembara iman... kembara mencari diri dan merasai kasih sayang dan pelukan cinta Tuhan... insya-Allah.

Sebelum terlewat, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam perjalanan ini. Keluarga, teman-teman (di sini dan di sana), adik-beradik, juga yang mendoakan... .

Khusus buat bondaku, aku sudah tidak terhitung pengorbananmu buatku. Buat cinta hatiku, Miss Nadya... belajar bersungguh-sungguh sayang. Mencari ilmu itu juga satu ibadat. Jaga diri berpaksikan Islam. Kalian bakal menyertai kumpulan mujahid yang pastinya bertanggungjawab memelihara kemuliaan agama kita. (Remember that I'll always be in your heart and close to you). Buat Abang, terima kasih atas sebuah keizinan. Buat Kak Sally & Ummi, sungguh mulia hati kalian kerana selalu berada di sisiku sewaktu aku memerlukan.   

Buat semua pembaca yang saya sayangi, doakan keselamatan dan kejayaan saya dalam misi kali ini. Tuhan, restui dan redhai aku... .

To India... here I come! Chalo bhaiya!  

p.s: Nantikan kisah kembara saya dalam entri akan datang. =) Insya-Allah, kita jumpa lagi!

Thursday 6 October 2011

Sastera Remaja dan Kanak-Kanak

Sastera Remaja & Kanak-Kanak


Amaran: Ini bukan lukisan kanak-kanak!


Pentingkah kita mengambil berat dalam perkembangan cerita remaja dan kanak-kanak?

Apa yang ada dalam cerita remaja dan kanak-kanak?

Lazimnya golongan ini boleh dipecahkan kepada beberapa peringkat. Kanak-kanak yang telah melangkah ke alam persekolahan sudah memiliki potensi sebagai seorang pembaca buku kita.Fokus sembang-sembang kita pada kali ini lebih menjurus kepada kumpulan pembaca awal remaja iaitu yang berumur antara tujuh hingga tigabelas tahun.

Sebenarnya saya sendiri pun sangat suka membaca buku cerita remaja dan kanak-kanak. Jika dulu, pilihan saya mestilah kepada buku-buku dari luar negara. Ceritanya bukan sahaja sedap dan unik, kulit buku pun tebal boleh membuatkan kita terpaku dan leka membeleknya.  Sekarang, industri buku remaja dan kanak-kanak sedang berkembang dengan begitu pesat sekali. Semakin ramai penerbit menerbitkan cerita bersiri dalam kategori ini dengan kulit buku yang canggih-canggih. Jika ke kedai buku, anda boleh lihat bagaimana mereka sedang 'meniru' dan bersaing sesama sendiri!

Siapa kata "Don't judge the book by it's cover?"... dari segi pemasaran, saya kira kata-kata itu tidak boleh diambil pakai menjadi pegangan. 

Buku yang macam mana yang seharusnya anak-anak kita beli? Jika soalan ini ditujukan kepada ibu bapa, saya kira tentulah jawapannya begini;

1) Yang cantik.
2) Yang sesuai dengan umur.
3) Yang kena pada harga.
4) Yang mempunyai unsur-unsur tarbiah & nilai-nilai murni.

Lalu bagaimana dengan...

4) Yang mengajar gaya bahasa yang betul.
5) Yang memperlihatkan kesopanan.
6) Yang tidak mempromosikan cinta seawal usia.
7) Yang memupuk persahabatan.
8) Yang mengekalkan keunikan budaya timur.

Hmm, mana nak cari buku yang lengkap dari nombor satu sampai lapan' kan? Paling penting... mahukah anak-anak kita membaca buku-buku yang sedemikian?

Jika dilihat pada perkembangan remaja kala ini, mereka begitu asyik dengan siri-siri cinta dan tahyul. Tidak perlu saya senarai panjangkan. Berlambak di rak-rak buku. Perlukah kita memanjakan permintaan sebegini semata-mata kerana mahu memenuhi kehendak pasaran? Bahayanya siri-siri popular seperti ini, sama ada disedari ataupun tidak - berjaya membawa masuk bersama kebudayaan dan norma-norma kehidupan asing dalam karya-karya yang dibaca. Secara tidak langsung, hal ini mempengaruhi jiwa dan gaya hidup anak-anak dalam diam!

Perlukah yang cool dan yang awesome itu meniru bulat-bulat semua perlakuan yang tidak berakar umbi daripada agama, budaya dan bangsa kita? 

Sebenarnya, saya sedang dalam proses penulisan satu siri awal remaja bertajuk 'Oh wow... ' (tajuk belum finalised). Manuskrip pertama baru sahaja dipersembahkan kepada tuan editor. Siri ini mengisahkan empat sekawan iaitu Mia, Yaya, Ezzatul dan Luna. Selain belajar di dalam satu kelas, pelajar-pelajar perempuan ini juga ada menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang diberi nama The 4-On. Di sekolah yang sama, ada tiga orang pengawas sekolah yang selalu memberikan saingan kepada mereka baik dari segi pelajaran mahupun aktiviti-aktiviti yang lain. Kumpulan pengawas ini diberi nama jolokan Miss Everything Perfect. Mengapa? Hah, yang itu kena baca ceritanya. Hehehe... .

Mungkin ramai yang terdetik - adakah siri ini sama dengan kisah-kisah kumpulan Diva Ini vs Diva Itu? Atau Si Puteri Ini menjadi peminat rahsia Si Putera Itu?... Hmm, apa yang boleh saya katakan, siri ini masih lagi mengupas isu-isu sosial dalam perkembangan kehidupan awal remaja. Namun seperti yang anda tahu, saya memang suka membuat percubaan untuk tampil lain dari yang lain. Perkara penting yang ingin saya ketengahkan dalam siri ini ialah interaksi dan toleransi antara pelbagai bangsa. Selain daripada mempromosi kehidupan sebagai seorang muslim, saya juga ingin mengetengahkan cara hidup kita di Malaysia... tanahair kita. Kira-kira siri ini, novel awal remaja Satu Malaysia kononnya... (insya-Allah).

Sekiranya kita melihat kepada pasaran, memang agak sukar untuk memancing minat remaja kepada buku-buku terbitan sendiri. Ramai yang lebih suka membaca kisah hidup orang luar terutamanya dari barat, Korea atau Jepun. (Apabila menulis tentang hal ini, saya tidak hanya mensasarkan kepada golongan awal remaja Melayu sahaja). Oleh kerana itulah, watak-watak utama dalam siri 'Oh wow... ' mewakili tiga kaum  majoriti di Malaysia. Resepi dalam siri ini, saya adun daripada kisah-kisah dan pengalaman-pengalaman unik mereka yang dekat dengan saya. Ehem, saya pun pernah jadi 'kanak-kanak Ribena' suatu ketika dahulu!

Apa-apa pun, mohon doakan agar saya diberi kekuatan untuk meneruskan kerja-kerja penulisan yang semakin mencabar kala ini. Saudara, bukan senang hendak menurunkan 'aras bahasa' dan pemikiran orang dewasa kepada budak-budak. Silap-silap boleh melahirkan penciptaan bahasa dan budaya rojak!

Sekian dahulu untuk kali ini. Salam sayang!

Makluman tambahan: Novel awal remaja yang saya maksudkan di atas sudah pun diterbitkan pada bulan Oktober 2012. Para pengunjung boleh membaca mengenai novel ini dalam entri yang bertajuk 'Wow, Coklat Fondu Mia!'. 

p.s : Gambar di atas dilukis khusus untuk entri ini. Hehe, bukan pro... prosak! (profesional + rosak)
         Saya memang susah nak fokus pada details  =(