Pages

Wednesday 16 January 2013

Perihal Facebook - Si Muka Buku?

Ada apa dengan Facebook?



Pernah juga orang bertanyakan saya, mengapa tidak membuka akaun facebook? Bukankah senang untuk mendapatkan atau menyebarkan sebarang maklumat?... .

Hakikatnya, laman sosial muka buku atau facebook itu memang terlalu banyak memuatkan pelbagai maklumat dan melakukan terlalu jauh penyebaran! Any news travelling on facebook could be viral.

Tidak dapat saya nafikan, kita bisa menemui pelbagai manfaat dari facebook ini terutamanya kepada sesiapa yang bijak menggunakan. Baiklah, hari ini, saya tidak berminat untuk menyentuh sisi kebaikan facebook. Mari kita lihat dari sisi yang bertentangan pula. Sisi yang menukarkan kawan-kawan kita yang hidupnya asyik bermuka buku kepada seseorang yang suka bermuka-muka pula. 

Saya bukanlah anti kepada laman sosial. Acapkali, karya-karya tulisan saya bercambah daripada idea-idea yang dikutip dari laman-laman tersebut. Daripada satu isu, membuahkan pelbagai sub isu yang lain. Daripada sebuah plot, terlakar pelbagai sub plot-sub plot yang mengakarumbikan penceritaan sesebuah novel, cerpen mahupun puisi-puisi saya. 

Tetapi saya amat tidak gemar apabila laman facebook ini dijadikan tempat menyebarkan fitnah (sila faham konsep fitnah), perli memerli, memaki hamun, serang menyerang, mengadu domba, mengumpat, menjadi batu api dan yang paling teruk sekali apabila menjadi gunting  yang memutuskan silaturrahim. Adapun, dalam hal meluahkan perasaan - sedih, gembira, rindu, cemburu, dan berdakwah tidaklah menjadi hal kepada saya. 

The worst feelings of all is when you're keeping it bottled up. Hence, you have your very own right to write whatever your feeling is today. Why do you think the facebook keep on asking us - How's your feeling, everyday?... It's simply about the freedom of speech. If voices are  kept inside, they will be loaded of sorrows.  

Namun begitu, sebagai pengguna yang berinteraksi di laman sosial, adakalanya kita perlu bijak berhadapan dengan kerenah pengguna-pengguna yang lain. Hormat menghormati hak orang lain adalah amalan yang dituntut dalam Islam. Termasuklah hak rakan-rakan di alam maya. Kebebasan bersuara dalam laman sosial tidak pula memberi kebebasan untuk kita melukai hati orang lain. Anehnya, apabila yang dicuit itu kita, kita terus melenting. 'Menjerit-jerit' pada dinding dengan kemarahan yang berapi-api. Daripada orang lain tidak tahu, sampai satu dunia boleh 'dengar'.
Persoalannya, adakah menegur di dalam facebook juga termasuk dalam kebebasan 'freedom of speech' ini? Reaksi yang saya temui dalam jawapan ternyata berbeza-beza.

1) Ramai yang tidak suka jika si penegur mengaibkan orang yang ditegur.

2) Ramai yang tidak suka jika orang yang ditegur melenting dan menyambut provokasi si penegur dengan menulis status yang baharu pula. Penyudahnya, mereka berperang status!

3) Ramai yang kata masing-masing perlu 'mengharmonikan' suasana dengan bersikap lebih rasional, terbuka dan bertolak-ansur.

4) Ramai juga yang memilih untuk mengambil jalan tengah - buat tak tahu, sudahlah! 

5) Ada juga yang bijak dengan berkata, "Muhasabah diri sendiri sebelum melenting tak tentu fasal. Apabila orang menegur, tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita. Sepatutnya, kita berterima kasih terlebih dahulu." 

6) Paling senang - 'nyahkan' sahaja. 'Unfriend' atau 'blocked'. Habis cerita. Putus kawan!

Pengunjung kafe yang saya hormati. Sebagai manusia yang cintakan kedamaian, kita tentu mahu mengelakkan sebarang perselisihan faham sama ada dengan orang yang kita kenali,  tidak berapa kenali ataupun baru sahaja mengenali. Berkawan biarlah seribu, bermusuh janganlah sekali!

Malangnya selalu juga saya terlihat, mereka yang mempunyai 'friends list' yang beribu-ribu orang ini, bersikap bongkak (entah mereka sedar atau tidak) dengan menulis begini pada dinding facebook mereka;

"Kalau tak suka, sila unfriend saja saya, ya? Saya tak kisah. Ramai lagi yang tunggu untuk saya approve request mereka!"

Amboi, ini sudah ayat tahap diva. Senang-senang sahaja hendak memutuskan silaturrahim sesama saudara seagama, ya? Tidakkah mereka sedar balasan terhadap orang yang memutuskan silaturrahim ini? Antaranya ialah doa mereka tidak diangkat ke langit selagi mereka tidak berbaik-baik semula. Eh, tak penatkah kita berdoa meminta itu dan ini tiba-tiba tidak dimakbulkan. Bukan itu sahaja, para malaikat pun tidak sudi mengangkat walau seinci dari bumi. Na'uzubillahiminzalik... .

Saya tidak mahu mengulas bagaimana cara yang sepatutnya kita menangani isu 'pertengkaran' di facebook ini. Kerana saya percaya tindakan seseorang itu bergantung kepada pengalaman dan kematangan mereka berfikir. Rasional or judgemental. Nasihat saya cuma satu. Jangan menjadi orang ketiga yang mengapi-apikan permusuhan. Untuk apa kita menumpang 'saham' mereka? Cuba fikir-fikirkan.

Begitu pun, saya teruja hendak tahu apakah pandangan para pengunjung sekalian sekiranya anda turut mengalami situasi yang sama. Untuk itu, mari kita meletakkan penilaian (indicator) kepada setiap cadangan daripada nombor 1 - 6 di atas. 

Amat Setuju - Setuju - Kurang Setuju - Tidak Setuju 

Segala komen anda dalam kotak komen di bawah amatlah saya hargai. Jadi sebagai  permulaan, biarlah tuan yang empunya kafe menjadi orang yang pertama 'memotong rebennya'. Hehehe.

1) - Setuju
2) - Setuju
3) - Amat Setuju
4) - Kurang Setuju
5) - Amat Setuju
6) - Tidak Setuju
NOTA TAMBAHAN: Sekiranya anda mendapati akaun facebook saya dinyahaktifkan, ini tidak bermakna saya sedang mengalami krisis dalaman atau merajuk. Kadang-kala berfacebook ini amat melekakan. Sedangkan saya perlu untuk FOKUS mengejar 'deadline'. Sangka baik selalu, okey?

Salam sayang,

Mazny M.R.



1 comment:

  1. Saya juga sudah nampak the not so.good.side gun afacebook ni.tapi yang bestnya member saya yang dah sepuluh thn tak jumpa,jumpa di.facebook

    ReplyDelete