Pages

Thursday 17 January 2013

Perihal Teknik Penulisan

Apakah Teknik Penulisan Yang Sesuai?

Baru-baru ini, saya telah diminta oleh seorang sahabat penulis untuk berkongsi tentang teknik-teknik penulisan. Saya bertanya kembali, "Apakah saya layak menulis tentang itu? Sedangkan usia karya saya masih muda dan masih ramai lagi penulis-penulis besar yang boleh berbuat demikian."

Jawab sahabat saya, "Ilmu itu perlu dikongsikan, barulah mendatangkan kemanfaatan." 

Ternyata jawapan yang menjentik hati itu ada benarnya. Kira-kira dua tahun lepas, saya pernah menulis dalam sebuah entri berjudul 'Bagaimana Kita Mula Tulis Cerita'. Lebih tepat lagi apa yang saya tulis ketika itu lebih menjurus kepada jalan kepengarangan yang telah saya lalui selama setahun. Kini, saya diminta untuk menulis pula tentang teknik penulisan - masih dari sudut pengalaman peribadi. Ya, tidak semua benda dalam dunia ini boleh kita perolehi dengan 'self taught'. Adab menuntut ilmu meletakkan syarat antaranya mencari ilmu perlulah berguru. Perlu ada sandarannya.

Untuk itu, sekali lagi saya akan cuba menulis tentang bagaimana hendak memulakan penulisan atau lebih tepat lagi, apakah teknik penulisan yang sesuai. Namun anda perlu bersabar terlebih dahulu. Hidup saya penuh dengan aktiviti penulisan dari pagi hingga ke pagi juga. Saya juga sudah terlepas satu tarikh penting. Tetapi saya tidak bersedih kerana saya percaya Allah sudah menyusun rezeki buat saya. Hidup perlu ada cita-cita namun usah menjadi rakus dan tamak. 

Bagi membolehkan saya berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang subjek ini, saya perlu duduk menghadap blog separuh hari. Belum lagi termasuk hal mengedit dan memasukkan data atau gambar. Menulis di laman blog juga bukan untuk suka-suka, ya. Alangkah moleknya jika penulisan kita itu boleh mendatangkan kebaikan kepada orang yang membacanya? 

Maka, sebagai memenuhi tuntutan rakan-rakan yang dahagakan ilmu penulisan, saya akan cuba kembali lagi menulis di sini. Memikirkan cara terbaik untuk berkongsi ilmu penulisan saya yang masih serba sedikit dengan para pengunjung kafe yang saya sayangi sekalian. 

Sekarang, izinkan saya permisi dahulu. Mahu menghadirkan diri ke kuliah kitab tasawuf. Ilmu dunia tidak akan ke mana-mana tanpa ilmu akhirat, bukan? Insya-Allah, entri ini akan disambung lagi apabila berkelapangan. Wallahua'lam. 

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment